Salam kesedaran.
Apa yang dimomok-momokkan buat remaja kita hanya seputar hiburan semata-mata. Buat yang kecil, hingga yang besar, semua ada. Lihat sahaja di kaca-kaca televisyen. tidak larat penulis hendak menyatakannya satu persatu. Di internet pula lagi bebas. ‘you name it, they got it’. Itu ibaratnya. Bagi menghalalkan pula hiburan sedemikian, mereka menamakannya ‘KONSERT DEMIMU GAZA’,’MALAM AMAL PALESTIN’, dan pelbagai istilah lain yang merupakan retorik semata-mata. Pemikiran muda-mudi kita dicelarukan dengan aktiviti sebegini. Namun lelaki dan perempuan bercampur sekali. Penyanyinya pula tidak bertudung. Antara hak dan batil itu ada pemisahnya.Namun, jika kita cuba menggabungkannya, tentu penggabungan itu tidak bisa menjadi kerana tiada redha Allah bersamanya.
Fikrah Islam ini perlu kita sebarkan. Ini satu fikrah yang mahal. Hanya darah dan nyawa yang bakal diuji untuk dijadikan taruhan. Apabila fikrah itu sudah masuk ke dalam hati, ia akan terbit laksana akhlak yang memukau. Pembinaan manusia perlu malalui tahap itu. Apabila kita membicarakan soal pembangunan manusia, namun terlepas kedua-dua aspek tersebut, itu hanya satu kepalsuan semata-mata. Pemuda-pemuda Hamas adalah contoh terdekat buat kita. Meskipun disekat, barbekalkan fikrah Islam yang ada, mereka terus mara. Fikrah itu mampu merevolusikan diri mereka menjadi lebih baik daripada aspek keberanian, persenjataan, amal ibadah, kesabaran, dan seumpamanya.
Pemuda-pemuda kita pula kebanyakannya berbaza. Selagi mana ada masa dan ruang, hiburan menjadi pilihan. Bayangkan jika dari kecil diterapkan dengan nilai ini, mana tidak ketagih jadinya. Hati-hatinya telah gelap. Maka jelas kepada kita, lebih utama membersihkan hati-hati ini dahulu. Jika tidak, kita bakal dipersoalkan diakhirat kelak.
Bandingkanlah remaja kita dengan remaja di Gaza. Bagai langit dan bumi.
Sekian.
Oleh:
Mohammad Ad Bin Satiman
Batu Pahat , Johor