PEMBINA akan terus menyokong perjuangan ISMA

 perlembagaa
Seri Iskandar, 16 Okt – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan terus menyokong perjuangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam menghadapi survival Melayu Islam.
 
“ISMA tidak akan berseorangan dalam menghadapai survival Melayu Islam, PEMBINA akan terus menyokong ISMA”, tegas Muhammad Aiman Ahmad Faudzi, Jawatankuasa Unit Kajian dan Informasi PEMBINA,  semasa mengulas pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
 
Presiden ISMA didakwa di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikle yang disiarkan dalam laman www.ismaweb.net, sebelum ini.
 
Menurut  Aiman lagi, tindakan yang dilakukan oleh Presiden ISMA adalah semata mahu mempertahankan hak orang Melayu Islam di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
 
Oleh yang demikian, bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden ISMA, PEMBINA giat dalam melakukan kajian berkaitan perlembagaan dan melaksanakan program yang berkaitan dengannya.
 
“Bagi menunjukkan sokongan kepada ISMA, kami sebagai persatuan belia Islam sangat aktif dalam buat program berkaitan perlembagaan”, katanya lagi semasa berucap di program ToT Skuad Perlembagaan (SP2) anjuran BA Matafikir Resources dengan kerjasama GARAP, Jumaat lepas.
 
Ujarnya, perkara ini penting bagi memastikan Perlembagaan Malaysia terus dipertahankan danAiman menyeru kepada peserta program untuk sama-sama dalam agenda pertahankan perlembagaan negara.
 
“Kami sangat terbuka untuk kerjasama dalam agenda pertahankan Perlembagaan Malaysia”, ujarnya.
 
Program yang turut dihadiri Muhammad Aidil Idham Sharom, Jawatankuasa Unit Kajian PEMBINA merangkap Pengerusi Cawangan PEMBINA Ipoh dan Nur Zalaikha Tusiran, Ketua Beliawanis PEMBINA Ipoh, membincangkan topik berkenaan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
 
Nashrul Izwan bin Abdul Aziz
Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top