Usai qiamullail, aku tetap duduk berteleku di atas tikar sejadah, air mata laju tak dapat ditahan. Mushaf Aisya kupeluk erat, terdengar seolah suara lunak Aisya sedang membaca Al-Quran Al-Karim seperti kebiasaan dibacanya sebelum masuk waktu subuh. Nasihat tanpa jemu daripada sahabat kesayangannya itu sentiasa terngiang-ngiang ditelinga. Allahu akbar Allahu akbar… Azan subuh berkumandang.
**********************************************************************************************************************
Fizikalnya kami sedikit berbeza, Aisya sedikit putih dan rendah berbandingku. Dari segi pemakaian, beza bagai langit dan bumi. Aisya bertudung labuh, sering memakai busana muslimah. Akhlaknya sahaja sudah membuatkan aku senang dengannya. Manakala aku jauh tenggelam dengan dengan fesyen barat, disibukkan dengan hal dunia seringkali terabai solat.
“Saya respect la kat awak ni Aisya, sibuk buat kerja-kerja dakwah..pelajaran tak pernah terabai. Semua perfect, cantik sopan.,takkan tak ada siapa-siapa kot”
“tak ada orang nak..tak laku,” sambil mencebik bibirnya.
“no couple before akad…hehe… Awak tu lagi bijak daripada saya,” dia menambah.
‘Nak yang soleh mesti jadi yang solehah dulu’ tag yang ditulis Aisya ditampal di board meja tulisku.
Aku teramat menyayangi Aisya. Banyak perkara yang selalu dinasihatkannya tanpa jenuh. Setiap kali waktu subuh dikejutkanku untuk bangun solat. Itulah waktu semamangnya aku malas sekali untuk bangun, terus berselubung tidak mengendahkan laungan Aisya.
Selalu memintaku supaya menjaga imej seorang muslimah, menjaga ikhtilat supaya tidak terlalu senang berhubungan dengan lelaki. Aku liat sekali untuk berubah, tetap acuh tak acuh dengan nasihatnya.
“syg, pukul berapa ni nak kluar makan..apa ni Fiza, syg? Keluar makan?’ Aisya membaca mesej yang diterimanya daripadaku. Berubah mukaku menjadi pucat, tersalah send mesej rupanya.
Sejak itu, Aisya tak pernah jemu menasihatku, membasahkan hati dan telingaku dengan amaran-amaran ayat Allah. Surah Al-Israa’ ayat 32 tentang jangan dekati zina, surah An-Nur ayat 31 perintah menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan… Namun dapat ingat beberapa point penting saja.
Paling terkesan dihatiku nasihatnya tentang ‘matinya cinta sejati’. Akibat matinya cinta sejati adalah kecintaan pada keluarga, harta, pangkat dan wanita diletakkan melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta sejati ditewaskan oleh cinta duniawi. Kalau tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh akan berlanjut pada terjadinya tragedi kematian yang haru biru; kematian cinta sejati. Inilah wujud kematian hakiki dalam hidup. Kematian jasad hanyalah kematian kecil, namun akibat kematian jiwa (cinta sejati) adalah sebuah kematian akbar.
Tapi entah kenapa aku belum kuat untuk berpisah dengan Khairil, masih sayang.
*****
“Aisya, saya nak kenalkan awak dengan seseorang. Sebenarnya tiga kali dah ni dia tanya. Dia baik Aisya, ala-ala ustaz dah, rupa pun boleh tahan, Chinese look. Memang secocok la.” Aku asyik membaca novel ‘Kau Laksana Bulan’ sambil menonton video Prison Break.
“Fiza….awak ni,” lama baru Aisya menjawab menunggu sehingga menghabiskan dua ayat terakhir surah Ar-Ra’d. Selesai berdoa dia sujud syukur. Aku hanya memerhatikannya mengharapkan jawapan positif. Raut muka Aisya sudah ada jawapannya.
“Sebelum pulang tadi dah solat zuhur belum?” Dia mengingatkan.
“Belum, tadi lepas makan terus ke sini.” Begitulah perihatinnya Aisya kepadaku.
“Fiza, tau tak bila masa dalam kehidupan ni orang merasakan terlalu banyak buat kesalahan?
Tentunya masa silamnya. Dengan kesilapan yang pernah dilakukanlah masa silamnya banyak mengajar seseorang menjadi dewasa jika dia mahu mengambil pengajaran dan mula faham apa yang tak sepatutnya dibuat dan apa yang telah melampaui batas. Cahaya hidayah yang tak semua orang boleh miliki dengan percuma jika tidak diusahakan. Ruginya kalau tak sempat bertaubat sebelum ajal tiba.’’
Sejenak kemudian Aisya melantunkan ayat Al-Quran dengan suara yang merdu.
‘kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh. Orang-orang semacam itu akan diganti Allah kejahatannya dengan berbagai kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’(surah al-Furqan ayat 70)
Diam sebentar. “Share la dengan saya kisah silam awak…” aku berminat mendengar.
“Dah2 pergi solat dulu ya,” pinta Aisya. Aku bingkas bangun mengambil wudhu’.
‘Sayang..’ nama dan gambar yang tertera di skrin handphone Fiza menunggu panggilan untuk dijawab. Aisya membiarkan, hatinya mengeluh berat.
Selesai berdoa aku terus kembali duduk sebelahnya.
“Hai, sekejapnya..dah doa?” Aku sekadar mengangguk.
“Jaga hati baik-baik, Tahu tak perkara yang boleh menggoyah harga diri seorang perempuan dan boleh menghakis iman seseorang membuatkan perkara jahat pun nampak baik. Iaitu bercinta tanpa ikatan yang sah tanpa ikut syariat. Syaitan-syaitan akan mudah memasuki ruang hati kita. Macam mana nak bersih hati?kuncinya bina hubungan kuat dengan Allah, tanam dan subur kan cinta yang mendalam pada Allah dan Rasul juga keluarga.insyaAllah hidup kita sentiasa terpimpin di jalan yang benar. Untuk miliki cinta sehebat Rasulullah pun akan datang menyusul tanpa kita sibuk-sibuk mencarinya”.
Cerita tentang Rasulullah, aku sekadar tahu nama sebenarnya Muhammad..teringat bait-bait lagu..
‘rasulullah dalam mengenangmu..
kami susuri lembaran sirahmu..’ Aku sendiri lupa rangkap seterusnya.
“Banyak contohnya orang yang tak bercinta sebelum kahwin pun bahagia dan kekal, kalau tak dapat nak menjiwai kisah cinta Rasulullah dan sahabat2, kita tengok saja contoh orang yang terdekat dengan kita. Macam Ustaz Asri dan Ustazah Husna..Fiza kan suka tengok dorang kan, sangat sweet dan romantic bak kata awak. Mereka tak pernah bercinta sebelum berkahwin, dijalan dakwahlah baru mereka disatukan.”
“Kalau sebelum kahwin pun dah pegang-pegang, panggil sayang-sayang, mana harga diri kita sebagai seorang wanita dibiarkan mudah diratah oleh lelaki. Semua jadi basi dan dah tak ada istemewanya untuk bekalan selepas akad… Jadi mana manisnya, mana nikmatnya.” Suara Aisya sedikit tegas. Tersentap aku, sememangnya Khairil pernah memegang tanganku, pernah aku memberikan foto tidak bertudung kepadanya. Dosa yang telah dikaburi oleh syaitan selama ini..aku tersedar.
“Disebabkan cintalah saya juga pernah larut dengan dosa-dosa yang semuanya nampak indah belaka.terasa keji dan hinanya diri ini. Tapi saya yakin, setiap yang berbuat dosa, pasti diterima taubatnya oleh Allah”
Aku terus menunduk, mataku mula berkaca.
Ada puisi cinta buat awak..
‘Perempuan yang aku rindu
Adalah yang di mata dan wajahnya terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi dilakukan selalu
Saya sayang awak
Kita tetap ada Allahkan’
Suara Aisya sudah tersekat-sekat. Sambil memeluk eratku. Air mataku terus mengalir tak mampu ditahan. Lama kami berpelukan Aku meleraikannya setelah merasakan Aisya tak lagi bergerak… Dia pengsan. Berkali-kali memanggil namanya dalam esakan… tapi tetap jua kaku. Aku bergegas memapahnya ke kereta untuk dibawa ke hospital.
‘Malam ni keluar makan ya, abg amik jam 9’ aku terus delete mesej Khairil. Perasaan sayang bertukar benci. Aku berlari keluar… Kesedihanku memuncak. Aku menangisi dosa-dosa yang berlalu dengan sia-sia.menangis tanpa henti. Azan berkumandang, bingkas bangun menuju ke surau, mengambil wudhu’ mehamparkan lipatan sejadah selanjutnya aku solat isyak. Dalam doaku, aku berdoa kepada Allah semoga Dia menerima taubatku dan memberikan kekuatan kepada Aisya.
“Adik ok ke?” Tegur seorang perempuan menyentuh lembut bahuku. Aku mengangkat muka yang sejak tadi tidak mampu menghentikan tangisan. Nampak suci dan ayu, persis Aisya.
“Kalau ada masalah, mengadu sahaja pada Allah, Dia Maha Mendengar, sebesar manapun dosa yang dilakukan, Allah tetap sedia menerima taubat hambanNya yang mahu kembali kepangkuanNya”
‘Terima kasih’ku sambut salam yang dihulurkan, dan dia pun berlalu keluar. Mengumpul kekuatan. ‘Antara awak dan saya sudah tidak ada apa-apa lagi. Kita putus’. Mesej ditaip, nombor Khairil dicari, dan button send ditekan. Handphone segera dimatikan.
Segera ke wad Aisya semula, ibu dan ayahnya juga di situ. Kami dibenarkan masuk melawat, ibu yang berada disampingnya tak kuat untuk menahan air mata. Wajah ayahnya sugul. Aku berdiri jauh di jendela. Aku juga tak kuat bila melihat Aisya yang kelihatan amat lesu. Di luar sudah semakin ramai sahabat-sahabatnya menunggu untuk melawat. Hanya doa yang tidak putus-putus dan izin daripada Allah sahaja yang mampu menyelamatkan Aisya..itu pesan doktor. Aku rela kehilangan Khairil daripada kehilangannya ya Allah.
*********************************************************************************************************************
Alhamdulillah, aku sepenuhnya pulih..kisah silam aku dan dia sudah malap diganti cinta yang baru,,iaitu cinta sejati. Rasa kedamaian dan ketenangan yang mendalam.
Aku juga sudah mula memakai tudung dan baju seperti Aisya. Teman-teman Aisya kini juga menjadi temanku, Sering bersama menghadiri majlis ilmu, usrah dan qiamullail di masjid.
“Cantik” pujiku ikhlas melihat Aisya yang anggun memakai jubah pengantin berwarna merah. Kami berpeluk erat..sebak.
“Selamat pengantin baru, semoga pohonan cinta bersemi, daunan rindu merimbun di hati selamanya dibawah rahmat kasih Ilahi, Aisya nak tau satu rahsia? Suami awak tu lah yang beria nak kenal sangat dengan awak hari tu.’ Aisya terkejut dan tersenyum malu.
Teringat dulu semasa Aisya dimasukkan ke hospital, nyaris kehilangannya kerana heart failure..itulah saat yang paling menyiksakan aku. Kini perpisahan yang terpaksa aku terima dengan redha. Hanya berpisah jasad namun hati masih terikat. Kata-kata cintanya menjadi penawar untuk terus membina cinta yang sejati.
Nur Azila Yahaya
Beliawanis PEMBINA SHAH ALAM