Malaysiakini : Cuba cetus api Peristiwa 13 MEI

BANGI, 13 Mei- Rentetan dari artikle bertarikh  12 Mei yang dikeluarkan oleh portal berita Malaysiakini berkenaan sokongan seorang muslimah berbangsa Cina, Saudari Alifah Ting yang menyatakan sokongan terhadap organisasi Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mencetuskan  komen-komen negatif dikalangan pembaca artikle tersebut.

Tidak terhenti di situ, hari ini Malaysiakini dengan penuh rasa tidak bertanggungjawab cuba mewujudkan peristiwa kebencian antara kaum seperti peristiwa 13 Mei dengan menyerang peribadi Alifah Ting di Twitter rasmi Malaysiakini.

Kenyataan yang berbaur fitnah itu menuduh Alifah Ting sangat membenci dan  bermusuh dengan kaumnya sendiri iaitu bangsa cina disebabkan pengislamannya.

“Why is Alifah so hostile to her own race?”, kenyataan yang diambil dari laman Twitter Malaysiakini.

alifah1

Komen negatif berbaur kebencian.

Pada masa yang sama,  Ustaz Ibrahim bin Mohd Hassan Presiden PEMBINA menyelar perbuatan Malaysiakini yang dilihat sudah mula terancam dengan keindahan dan kebenaran Islam lantas mereka menyerang peribadi seorang mualaf yang telah tertarik dengan tarbiyah dakwah sebuah NGO Islam.

Tambahan pula dengan serangan peribadi yang ditujukan kepada Ahli PEMBINA ini menunjukkan sikap sebenar cauvinis cina yang anti-Islam terutamanya dikalangan pengguna laman sosial.

“Cybertroopers Cauvinis Cina mula menyerang  bangsa asal mereka sendiri hanya kerana berbezaan akidah, hal ini jelas wujudnya Cauvinis Cina yang anti-Islam dan menunggu masa untuk mendedahkan wajah sebenar mereka”, katanya.

Beliau juga turut kesal dengan sikap Cauvinis cina yang ingin mewujudkan ketegangan agama di Malaysia.

“Topeng dendam dan kebencian dan meluat mereka terhadap Islam akhirnya terdedah dengan komen-komen yang menghina seorang muslimah yang baru mengenali Islam hasil tarbiyah dan dakwah rakan-rakan seislam mereka”, tegasnya.

Komen-komen yang negatif, tidak bermoral dan provokatif terhadap Alifah Ting disifatkan sebagai dayus dan pengecut.

“Melihat kepada komen-komen yang tidak bermoral dan provokatif terhadap seorang individu wanita, PEMBINA menyifatkan mereka sebagai dayus, rendah moral dan pengecut kerana tidak berani kehadapan menggunakan profil sebenar”, ulasnya.

Katanya lagi, berbeza pula dengan sikap muslimah kental ini yang tegas dan berani menyatakan prinsip dan pendiriannya.

Kronologi peristiwa

9 Mei, Alifah Ting seorang muallaf yang berbangsa Cina  menulis surat terbuka dalam laman web berita ISMAweb yang mahu agar orang cina ingat tentang kontrak sosial dan asal usul bangsa Cina. Pada masa yang sama dia menyatakan pendirian  untuk tetap menyokong ISMA.

12 Mei, portal berita Malaysiakini menyiarkan artikle mengenai Alifah Ting yang diambil dari laman web berita ISMAweb yang mencetuskan komen-komen negatif dari pengguna laman sosial berbangsa Cina.

13 Mei, Malaysiakini sengaja menyerang peribadi muslimah Alifah ting dalam laman Twitter yang menuduh Alifah Ting membenci dan sangat mahu bermusuh dengan bangsanya sendiri.

alifah ting

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top