Kursus Photoshop & Design PEMBINA

 

photoshop

Bertempat di Shah Alam , pada 5 April 2009, PEMBINA Shah Alam Klang telah berjaya menganjurkan sebuah kursus ringkas penguasaan kemahiran Photoshop dan seni rekaan grafik. Kursus ini merupakan projek perintis dalam melahirkan lebih ramai tenaga pakar di kalangan ahli PEMBINA untuk memanfaatkan media sebagai satu cara penyebaran mesej yang efektif.

Bermula pada lebih kurang 10 pagi, para peserta didedahkan mulanya dengan kemahiran penguasaan teknikal Photoshop melalui slot 1 kursus ini. Para peserta diterangkan fungsi dan kemampuan sebenar hampir setiap alat-alat di dalam Photoshop melalui cara demonstrasi, penerangan, dan sedikit nota sebagai bantuan.

Selepas berhenti rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari, slot 2 dimulakan. Di dalam slot ini para peserta diuji kemahiran teknikal Photoshop yang diajar melalui tugasan-tugasan berkumpulan yang praktikal dan berbentuk realiti. Hasil-hasil kerja kemudiannya dinilai sesama peserta dan diberi kritikan membina oleh Fasilitator.

Slot ini kemudiannya disusuli oleh slot terakhir di mana para peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran dan kefahaman tentang nilai-nilai yang penting dalam menghasilkan satu rekaan grafik yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej serta memberi impak yang besar kepada para penonton di kalangan masyarakat belia yang serba moden.

Hampir kesemua peserta menyatakan kepuasan setelah mengikuti kursus ini walaupun ringkas dan padat. Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang dengan izin Allah.   PEMBINA sangat mengambil berat tentang pembinaan potensi dan kemahiran ahli dan kursus ini merupakan antara projek-projek yang telah dirancang oleh PEMBINA dalam rangka itu. Diharapkan melalui kursus ini PEMBINA dapat melahirkan ramai lagi tenaga pakar di dalam bidang media untuk manfaat penyebaran mesej PEMBINA.

1 thought on “Kursus Photoshop & Design PEMBINA”

Leave a Reply to Roslan Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top