Kenyataan Rasmi PEMBINA Mengenai Serangan Zionis Keatas Baitul Maqdis

photo_2015-10-02_04-31-25

Kenyataan Rasmi PEMBINA Mengenai Serangan Zionis Keatas Baitul Maqdis

Baitul Maqdis merupakan kota suci ketiga umat Islam. Kota ini juga merupakan kiblat pertama umat Islam dan destinasi Nabi Muhammad SAW diisrakkan sebelum naik bertemu Allah swt dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Pada 28 September 2015, Zionis Yahudi Laknatullah telah mencemar kesucian Baitul Maqdis dengan menceroboh dan merosakkan harta benda awam, menangkap lelaki dan wanita yang solat serta membakar bahagian dalam masjid tersebut. Perbuatan tidak bertamadun dan terkutuk ini sama sekali tidak boleh diterima oleh dunia. Zionis Yahudi Laknatullah tidak boleh dibiarkan bebas melakukan apa sahaja terhadap umat Islam Palestin.

Justeru itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyeru umat Islam di Malaysia bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan mereka terhadap perbuatan Zionis Yahudi ini. Saudara seaqidah kita sedang dihenyak dan diseksa, mereka memerlukan pertolongan dan sokongan daripada kita. Kita juga mendesak supaya bantuan kepada Negara haram Israel khususnya daripada Amerika Syarikat dihentikan segera.

PEMBINA dengan ini mewakili mahasiswa Islam menyeru kepada semua rakyat Malaysia:
1. Solat Hajat dan Qunut Nazilah ditempat masing-masing memohon pertolongan Allah swt keatas umat Islam di Palestin.
2. Menyebarluaskan informasi terkini keadaan rakyat Islam di Palestin melalui laman-laman sosial.
3. Meningkatkan derma dan infaq ke tabung kecemasan Al-Quds kepada agensi-agensi yang sah.
4. Mengiatkan program cakna ummah disegenap peringkat masyarakat samada di rumah, institusi pendidikan, surau dan masjid, kampus dan pejabat.

Kami mahasiswa Islam bersolidariti menyatakan kemarahan kami terhadap tindakan Zionis Yahudi terhadap saudara kami di Palestin.

Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad
Timbalan Presiden PEMBINA

1 thought on “Kenyataan Rasmi PEMBINA Mengenai Serangan Zionis Keatas Baitul Maqdis”

Leave a Reply to Muhammad ilyas bin yusof Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top