Cadangan untuk mengurangkan tempoh pengajian IPT oleh salah seorang Ahli Parlimen baru-baru ini adalah bersifat populis dan tidak kena pada isu yang dibangkitkan.
Beliau membangkitkan bahawa, faktor utama tempoh pengajian IPT mengambil masa yang lama adalah disebabkan universiti mewajibkan subjek seperti TITAS, Hubungan Etnik, Pengajian Malaysia dan beberapa lagi subjek yang lain kepada mahasiswa. Ianya kurang tepat. Oleh itu, isu yang dibangkitkan ini sama ada kurang bijak atau bersifat populis bagi agenda politik kepartian pihak tertentu.
Apa matlamat sebenar isu ini dibangkitkan pada awalnya? Jika ianya dibangkitkan untuk mempercepatkan mahasiswa hari ini terlibat dalam pasaran kerja, pemansuhan subjek wajib seperti TITAS, Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia bukanlah solusi yang tepat kerana subjek tersebut tidaklah mengambil jam kredit yang banyak sehingga mengganggu tempoh pengajian. Namun, mempercepatkan mahasiswa untuk memenuhi pasaran pekerjaan juga adalah bertentangan dengan fungsi universiti yang berperanan untuk membentuk keilmuan dan adab mahasiswa.
Permasalahan yang berlaku hari ini adalah apabila aspek keilmuan yang menjadi teras insan, mulai dipinggirkan dan hanya berfokuskan kepada memenuhi indikator-indikator โkecemerlanganโ yang diformulasikan berdasarkan kehendak elit kapitalis global menerusi arus pengkomersialan โcommercializationโ dalam pendidikan.
๐. ๐๐ฎ๐๐ฃ๐๐ค ๐๐๐๐๐, ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ญ๐ง๐ข๐ค ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐๐๐๐ง๐๐ซ
Subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Falsafah dan Isu semasa, Hubungan Etnik adalah subjek yang kekal relevan untuk dipelajari di universiti dan mempunyai nilainya yang tersendiri dalam membangunkan keilmuan seorang mahasiswa dan membentuk identiti sebagai seorang rakyat Malaysia. Tambahan, penawaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau TITAS sebagai kursus wajib di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Perkara ini turut ditegaskan oleh Prof. Dr. Zaid Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam yang menyatakan: โKursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang diperkenalkan di seluruh universiti awam dan diikuti universiti swasta di Malaysia mempunyai tujuan besar. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia memerlukan pendidikan dan kefahaman tentang peranan dan fungsi yang perlu dimainkan oleh setiap warga negara dalam memupuk keharmonian. Hal ini dapat disuburkan melalui kefahaman dan dialog antara kaum yang pelbagai. Dialog yang sihat secara langsung dapat memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang etnik, agama dan budaya dalam negara iniโ
๐. ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ค๐ญ๐ข๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฉ ๐๐๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ฉ๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง
Universiti bukanlah tempat yang hanya memberi fokus membentuk kemahiran bekerja tetapi untuk membangunkan potensi keilmuan dan kemahiran para pelajarnya secara holistik dan menyeluruh. Oleh itu, aspek kebolehgajian (employability) mahasiswa selepas tamat pengajian juga menjadi perhatian universiti. Justeru, silibus latihan dalam industri telah pun dijalankan di kebanyakan universiti di Malaysia bagi membantu mahasiswa meningkatkan kebolehpasaran, memberikan pendedahan awal tentang alam kerjaya sekaligus membantu meningkatkan tahap kompetensi mahasiswa. Tempoh pengajian di universiti perlu dijadikan peluang kepada mahasiswa membangunkan potensi dan kebolehpasaran.
Aspek kebolehgajian (employability) graduan tempatan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan tempoh pengajian yang panjang, tetapi perlu juga untuk melihat kepada faktor-faktor luaran sebagai contoh kesan daripada pandemik COVID-19 yang sememangnya memberi impak yang besar kepada kadar kebolehgajian
(employability) graduan secara global. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa seramai 1.25 bilion pekerja terancam di seluruh dunia akibat penularan pandemik COVID-19. Menurut jangkaan International Labour Organization (ILO), dunia akan kehilangan 25 juta pekerja sepanjang tahun 2020. Dalam laporan ILO yang lain bertajuk โTackling the COVID-19 youth employment crisis in Asia and the Pacificโ menyatakan golongan yang berumur 15-24 tahun yang telah memasuki pasaran kerja juga antara yang berisiko berdepan krisis ketidakyakinan terhadap kerjaya (job insecurity) justeru menunjukkan bahawa alternatif memendekkan tempoh pengajian bukanlah solusi efektif terhadap kadar kebolehgajian (employability) graduan dalam jangka masa panjang.
๐. ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ฌ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ฉ๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐
Oleh itu, kami di PEMBINA mencadangkan alternatif lain yang berfokuskan kepada pemerkasaan mahasiswa dari sudut keilmuan dan kebolehpasaran dengan mengkaji semula sistem penilaian universiti. Universiti wajar memberi fokus kepada kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh mahasiswa sepanjang tempoh pengajian di universiti . Unit Kajian dan Informasi Pembina telah mengeluarkan sebuah artikel yang merangkumi analisis kemahiran yang perlu dikuasai oleh mahasiswa dan graduan dalam tempoh pasca pandemik COVID-19 berdasarkan laporan-laporan daripada World Economic Forum dan laporan kajian global yang lain. Antaranya adalah dari sudut kemahiran berfikir secara kritis, kebolehan menyelesaikan permasalahan, kemahiran keusahawanan dan kemahiran digital. Mahasiswa dan graduan perlu memanfaatkan portal GREAT-MOHE daripada KPT yang merupakan sebuah laman sesawang yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu graduan dan mahasiswa mendapatkan informasi terkini berkaitan dengan latihan industri, peluang pekerjaan.Pihak KPT juga perlu menggiatkan promosi laman sesawang ini kepada graduan supaya dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Mahasiswa perlu dibangunkan dengan ilmu yang bersepadu dan menyeluruh serta kemahiran-kemahiran yang membangunkan potensinya seterusnya mampu memberi sumbangan kepada pembinaan sebuah negara yang mampan dan mandiri. Ruang lingkup pemikiran yang meletakkan universiti untuk melahirkan pekerja dan memenuhi keperluan industri akhirnya merugikan, kerana hanya akan memenuhi keperluan semasa elit kapitalis global yang sedia menganggap universiti ibarat โsyarikatโ menerusi arus neoliberalism dan pengkomersialan (commercialization)
๐ด๐ฌ๐ด๐ท๐ฌ๐น๐ฒ๐ผ๐ฒ๐ผ๐ฏ ๐ท๐จ๐บ๐จ๐ฒ, ๐ด๐ฌ๐ด๐ฉ๐จ๐ต๐ฎ๐ผ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐ท๐ฐ๐ด๐ท๐ฐ๐ต๐จ๐ต
๐๐ข๐ฌ๐๐๐ข๐๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก:
Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Pusat