Kenyataan Bersama Pimpinan Beliawanis- Menyelar Perbuatan Merogol

KENYATAAN BERSAMA PIMPINAN BELIAWANIS PEMBINA SELURUH NEGARA- MENYELAR PERBUATAN TERKUTUK: MEROGOL BERAMAI-RAMAI

Perbuatan 38 orang lelaki yang merogol dua pelajar perempuan tingkatan dua di Ketereh, Kelantan baru-baru ini merupakan perlakuan yang sungguh hina, jijik dan tidak berperikemanusiaan. Bahkan perbuatan seperti itu lebih hina dari binatang.

Barisan kepimpinan Beliawanis PEMBINA seluruh Malaysia mengutuk perbuatan tersebut dan menyeru pihak berkuasa agar mengenakan tindakan yang keras keatas kesemua 38 orang lelaki tersebut.  Perbuatan merogol merupakan perbuatan tercela dan hina disisi agama mahupun fitrah semulajadi manusia.

Kejadian yang berlaku menggambarkan akibat kelemahan dan kerapuhan iman serta menjadikan hawa nafsu yang menyesatkan sehingga menghilangkan kewarasan akal fkiran. Sifat yang sedemikian dinukilkan oleh Allah SWT dalam firmanNya;

“Terangkanlah kepada-Ku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)”.

(Al-Furqan, 25:43-44)

Kejadian tersebut berlaku apabila mangsa meminta rakannya yang berada di Guchil untuk mengambilnya di Ketereh. Rakannya kemudian meminta bantuan rakan lelakinya untuk berbuat demikian. Rakan lelaki tersebut kemudian membawa kedua mangsa ke satu rumah kosong dengan alasan untuk berehat. Namun mangsa kemudian didatangi sekumpulan lelaki seramai 38 ke rumah itu dan merogol mereka secara bergilir-gilir semasa pengsan disaksikan rakan lelaki yang dipaksa melihat perbuatan terkutuk tersebut.

Maruah dan kehormatan diri termasuk bahagian dari maqasid syariah iaitu keturunan yang wajib dipelihara dan dijaga dari dirosakkan. Perbuatan zina dan rogol adalah antara perbuatan yang boleh merosakkan keturunan dan kedamaian rumah tangga. Dengan sebab itu Islam mengharamkan perbuatan yang sedemikian. Maka kami menyeru kepada semua remaja perempuan, anak gadis dan belia wanita Islam agar sentiasa berwaspada dalam  dan memelihara kehormatan diri di mana sahaja berada. Elakkan dari berjalan berseorangan atau pun bersama lelaki yang bukan mahram apatah lagi yang tidak dikenali. Penuhilah tuntutan Allah SWT agar wanita menutup aurat serta melonggarkan pakaian agar tidak menjadi perhiasan kepada mata liar manusia yang dipenuhi gejolak hawa nafsu.

Para ibu-bapa juga diseru untuk lebih prihatin, mengenali rakan kepada anak-anak dan tidak membiarkan mereka bebas sewenangnya keluar dengan rakan berlainan jantina. Perbaiki hubungan kekeluargaan dan amalkan sikap prihatin dan sering menasihati agar kepincangan hari ini tidak membuahkan satu lagi tragedi pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top