Kegigihan Khair Razlan inspirasi buat belia

 

MediaPEMBINA berkesempatan menitip helaian Utusan di akhir Ramadhan yang lepas memaparkan coretan ringkas perjalanan hidup Saudara Khair Razlan Othman serta keluarga di Oxford University, United Kingdom.

Tulisan beliau di ruangan sisipan Felda berkongsi pengalaman dan cabaran semasa meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Inovasi Kejuruteraan Biomedikal memberi suntikan inspirasi apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai suami, ayah, anak dan pendidik.

Ketika di Malaysia, beliau merupakan Ketua Biro Media PEMBINA Melaka dan telah banyak menyumbang kepada perkembangan PEMBINA negeri tersebut terutamanya dari sudut media dan promosi.

PEMBINA mengucapkan syabas dan mendoakan kejayaan Saudara Khair Razlan dalam mengejar cita-citanya. Semoga kejayaan beliau menjadi pembakar semangat kepada generasi muda yang lain di samping berusaha bersungguh-sungguh menjadi ummah yang terbaik.


MediaPEMBINA

 

Dikongsikan sisipan surat khabar Utusan untuk tatapan umum [Muat Turun]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top