JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG SAMA TERHADAP VAPE


PEMBINA menyambut baik inisiatif Kementerian Kesihatan dalam menangani isu Vape dengan merampas bahan yang menagndungi nikotin dan juga kempen menangani pandangan masyarakat umum terhadap Vape.

Budaya vape merupakan budaya asing yang dibawa ke dalam negara kita. Seperti rokok, ia diharamkan dan ia tidak mencerminkan peribadi seorang Muslim yang baik akhlaknya lebih-lebih lagi buat wanita dan kanak-kanak.
Budaya rokok sangat sukar untuk dibendung kerana ia telah bertapak di tanah air sudah lama dahulu. Ketika itu, tiada gerakan penentangan terhadap rokok dan akhirnya budaya merokok membumi di tanah air kita. Di mana-mana sahaja anda berada, perokok mesti ada. Termasuklah ahli keluarga kita.

Inikan pula budaya vape. Ia masih baru di Malaysia dan kita tidak ulangi kesilapan generasi terdahulu tidak menyatakan bantahan terhadap vape. Bayangkan jika kita tidak melakukan sedemikian. Tidak mustahil budaya vape ini akan menjadi seperti budaya rokok yang membarah sehingga sekarang.

PEMBINA bersama Kementerian Kesihatan Malaysia menyokong usaha mengharamkan Vape, Rokok dan shisha. PEMBINA mengajak masyarakat umum menyertai suara ini sehingga Budaya Vape tidak lagi kelihatan di tanah air.

Aizat Farhan

JK Media dan Penerangan PEMBINA

1 thought on “JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG SAMA TERHADAP VAPE”

  1. Sokongan sepenuhnya agar Kerajaan merampas semua Vape yang di jual oleh Purata Pengusaha Melayu di seluruh negara.
    Dengan ketiadaan stock jualan Vape di pasaran, jadi maka boleh la Peniaga Rokok dari kalangan purata Peniaga Cina akan kembali mandapat balik pasaran Jualan Rokok dari golongan yang telah berjaya berhenti merokok kerana bertukar pada Vape. Tahniah pada Tuan atas usaha mengembalikan Jualan Rokok di pasaran

Leave a Reply to ahmat Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top