Hukum hudud terus diperlekeh – Azril Hanafi

 

CYBERJAYA 26 September – Saluran media terus memperlekehkan hukum Allah yakni hukum hudud melalui saluran media massa.

Menurut saudara Azril Hanafi,”Saluran media berpengaruh dan terkenal seperti Utusan sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan isu sebegini memandangkan hukum Allah bukan suatu perkara yang boleh dipandang enteng.

Sebagai sebuah institusi penerbitan yang berpengalaman, Utusan seharusnya menjaga dan mengawal kualiti kewartawanan demi menjaga perpaduan bangsa Melayu khususnya dan umat Islam, amnya”, tambah beliau lagi.

Keratan karikatur di helaian akhbar Utusan hari ini dilukis dengan bentuk sinikal boleh mengundang kemarahan umat Islam apabila ia seakan-akan menghina hukum Allah yang jelas termaktub di dalam Al-Quran.

“Saya mendesak pihak Utusan untuk menarik semula keratan karikaturnya hari ini dan memohon maaf kepada semua pembaca umat Islam di helaian utamanya”, tegas beliau.

Azril Hanafi merupakan Ketua Biro Media & Promosi PEMBINA dan bekerja sebagai jurutera sistem di Universiti Multimedia.

 

MediaPEMBINA

 

1 thought on “Hukum hudud terus diperlekeh – Azril Hanafi”

Leave a Reply to syah Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top