Empayar Kita

Inilah sebenar keluasan tanah kita.

Kehebatan kita serta kepahlawanan nenek moyang kita di Nusantara. Besarnya kedua tamadun ini amat menggerunkan musuh. Lihatlah apabila runtuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah, Portugis bersusah payah mencari saki baki kebangkitan hingga ke Tanah Melayu.

Kehebatan ketamadunan ini juga tidak disangkal lagi, tika Eropah berada dalam keadaan gelap gelita, masjid masjid Turki Uthmaniyah melimpah dengan cahaya. Bukan sekadar cahaya tetapi cahaya yang mengisi ketamadunan akan datang, hingga 1000 tahun selepas kejatuhan tamadun itu.

Perang dunia telah memisahkan tanah ini. Permisahan ini telah menyebabkan ikatan akidah yang dahulu sesama mesra menjadi longgar. Akhirnya kita hidup dalam sempadan politik yang terhad dan sempit. Apatah lagi kita menjadi semakin sukar menjalin hubungan dan bantuan sesama kita.

Hidup di bawah naungan penjajah telah memencilkan minda muslim. Apabila merdeka ia turut terbawa-bawa dengan pemikiran penjajah. Ia menjadi kerdil. Digula-gulakan dengan kebebasan tetapi songsang, mereka lupa asal usul mereka.

Kemegahan mereka serta siapa diri mereka. Mereka lupa bahawa agama itu adalah negara dan tanah air, berjihad dan berperang, menyiapkan kelengkapan dan kekuatan serta menjaga kebajikan.

Mereka lupa agama ini mempunyai maruah, pantang dicabar pantang digangu gugat akidahnya. Apablia munculnya nabi palsu, ia diperang. Muncul orang memperlekehkan agama, juga diperang dan bersikap tegas ke atas kuffar. Apakah mereka lupa apa yang Saidina Abu Bakar lakukan kala beliau menjadi khalifah dahulu?

Namun, bukanlah bermakna Islam ini agama keganasan di mata pedang. Tetapi maruah dan kehormatan adalah perkara dasar dan asas dalam hidup muslim. Sedang bertegas dalam hal-hal demikian, agama juga menuntut menyebar kasih sayang. “Tidak beriman seseorang itu jika tidak mencintai suadaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”. Ia menuntut juga mencintai golongan yang lemah, berakhlak mulia serta membantu golongan yang memerlukan.

Tidak terhenti daripada itu, diajukan juga memberi “tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah”. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam. Di era moden ini, manhaj (kaedah) hidup muslim berubah.  Musuh tidak berperang secara berhadapan tetapi menjelmakan diri dalam bentuk samaran seperti seruan seruan nafsu.

Tiada lagi peluru menembus diri tetapi perempuan dan materialistik menjadi senjata ampuh dalam meluputkan jiwa merdeka dalam hidup muslim, iaitu jiwa yang mengingati empayar, jihad dan berkorban. Mereka menjadi batang tubuh yang longlai, kosong dan tidak berguna.

Kesan daripada kurangnya nilai pengamatan tersebut, lidah mereka tertukar dengan kuffar. Mereka bersikap apologetik apabila berdepan dengan kuffar. Mereka menginginkan kehidupan kebaratan akibat daripada public sphere yang mencorakkan kehidupan mereka. Mereka menyangkakan mereka lebih memahami alQuran berbanding alim ulamak sedangkan mereka ditipu iblis. Serangan ideologi bertali arus telah menyebabkan kekeliruan besar dalam diri mereka.

Dalam kegentingan ini, masalah dihadapi kaum muslimin, perlu dikembalikan semula risalah yang menghidupkan mereka, seperti mana hidupnya generasi awal (para sahabat) yang membina generasi gemilang. Ia acuan yang sama, model yang sama, teori yang sama dan tidak berbeza. Kaum muslimin khususnya pemuda perlu bergerak dengan lebih kuat jitu, padu dan bersama.. Bertindak secara strategik, berpakat dan saling berhubung agar sinergi tenaga dakwah bergerak seiiringan. Akhirnya kekuatan ketamadunan yang kita impikan tertegak bersama.

Memimpin mahasiswa.

Luqman Abdul Hamid
Presiden PEMBINA UPM

1 thought on “Empayar Kita”

  1. Salam, saudara, tahniah… artikel yang menarik.. bila membacanya umpama seperti membaca sajak dengan gaya pidato…
    tetapi pada perenggan pertama, bolehkah dijelaskan dengan lebih terperinci?

    Kejatuhan Turki Uthmaniyah kita maklum jatuh pada 1924Mesi.. Tetapi tidak ramai yang maklum kejatuhan Kerajaan Islam di Tanah Melayu adalah lebih awal sekitar 1511Mesi lagi.. Jadi bibit kejatuhan awal inilah termasuk di sekitar nusantara yang membawa kepada kejatuhan secara terang-terangan pada 1924. Mudahnya totally disrupted kok gitunya.. Jadi bagaimana mungkin dicarinya ke tanah melayu..?

    Salam rumpunnya drpd PKS…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top