HIMPUN, HIMPUN!
SELAMATKAN AQIDAH.
HIMPUN, HIMPUN!
SATUKAN UMAT.
HIMPUN, HIMPUN!
UNTUKMU ALLAH.
Rasa terpanggil untuk mengupas kes murtad setelah menyertai HIMPUNAN SEJUTA UMAT pada 22 Oktober 2011 yang lalu. Walaupun tidak dapat mengumpulkan sehingga satu juta umat, yang hadir masih lagi mampu menggegarkan Stadium Shah Alam terutamanya ketika mengalunkan zikir pada penutup perhimpunan. Moga ini merupakan titik tolak untuk membanteras isu murtad yang dahulunya pada zaman pemerintahan Abu Bakar dibanteras dengan hebat sekali.
Banyak kes murtad melibatkan kaum wanita. Anda percaya? Jika tidak percaya mari baca apa yang cuba saya kongsikan daripada buku MURTAD JANGAN PANDANG SEBELAH MATA tulisan Ann Wan Seng.
Kes 1: AISYAH BUKHARI
24 tahun dibesarkan di dalam keluarga yang mengamalkan Islam yang baik dan merupakan seorang bekas pelajar ITM (sekarang dikenali sebagai UITM). Pergaulannya terjaga hasil didikan keluarga yang memberi amaran supaya tidak melepak dan sentiasa ingatkan supaya bijak memilih kawan.
Namun segalanya berubah, selepas beberapa bulan mendapat kerja baru yang sebelumnya bekerja sebagai guru sandaran di Kuala Lumpur. Haji Bukhari percaya perubahan yang berlaku kepada Aisyah bukan disebabkan oleh percintaan ataupun perkahwinan tetapi Aisyah dilarikan dabn ditukarkan agamanya. Haji Bukhari merasakan yang anaknya itu disihir atau dipukau. Aisyah bukannya gadis yang hidup bebas tanpa pegangan agama, beliau mampu menghafal beberapa surah di dalam Al-Quran dan sentiasa diawasi oleh keluarganya. Persoalannya, mengapa beliau nekad berbuat demikian, apakah dia tidak sayangkan ibu, bapa dan keluarganya?
Kes 2: DULU HARTINA KINI NIVASHINY
Hartina dididik keluarganya dengan penuh kasih sayang dan ajaran Islam yang kuat. Beliau sendiri pernah 3 kali khatam Al-Quran. Setelah tamat belajar, Hartina bekerja sebagai kerani di sebuah bank dan tinggal bersama rakan-rakan di rumah sewa. Perasaan kasihkan anak dan tidak sampai hati anaknya tinggal di rumah sewa, ibu dan bapanya telah membelikan sebuah rumah Flat di Jalan Klang Lama. Namun, di sinilah bermulanya titik permulaan kepada segala masalah yang timbul.
Pada 26 Mac 1996, ibu bapanya datang ke rumah anaknya untuk menziarahinya setelah anaknya itu tidak dapat balik ke rumah pada hari lahirnya. Mereka terus memasuki rumah kerana anaknya tiada di rumah. Penantian mereka sangat menyeksakan apabila anak yang ditunggu tiba pada jam 7 malam bersama seorang lelaki dan kemesraan mereka melebihi batas kebiasaan orang Islam.
Pentengkaran pun berlaku dan lelaki tersebut memanggil 2 rakannya untuk membantu menyelesaikan keadaan. Setelah mereka sampai lelaki tersebut memaklumkan bahawa mreka telah sudah berkahwin dan Hartina bukan lagi Hartina tetapi Nivashiny Rajeswaran yang menganut agama Hindu pada ketika itu. Segala surat-surat serta dokunmen yang berkait ditunjukan kepada Puan Bibi Glessom dan En. Kamarudin. Antara dokumen yang ditunjuk adalah surat dari Jabatan Pendaftaran bertarikh 26 Januari 1996 yang ditandatangani oleh orang yang sudah bergalar Haji mengesahkan nama Hartina sudah bertukar kepada Nivashiny dan juga Borang Daftar Perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Yang palling memeranjatkan adalah surat menunjukkan Hartina telah memeluk agama Hindu sejak 28 Ogos 1995 lagi.
En. Kamarudin membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak dan anaknya itu ditahan reman selama 7 hari setelah ditangkap pada 14 April 1996 atas kesalahan di bawah Seksyen 13 dan 51 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992. Hartina dan kelurganya berhijrah ke Kota Bharu, Kelatan dan didaftarkan pengislaman semula di Mahkamah Kadi Khas Kelantan pada 21 April 1996.
Namun, Hartina sekali hilang dari rumah ketika tinggal di Pulau Pinang bersama bapa saudaranya n sehinggalah peristiwa 5 Jun 1996, ayahnya tanpa niat mencederakan Rajeswaran setelah dia dicabar. Kamarudin dibebaskan dengan ikat jamin tetapi masih dalam tuduhan mencederakan dengan niat ke atas Rajeswaran.
Saya hanya kongsikan 2 kes buat masa ini. Namun banyak lagi kes murtad yang melibatkan golongan wanita. Ini belum termasuk lagi kes Lina Joy atau Azlina bt Jailani yang memohon menggugurkan perkataan Islam paada kad pengenalan, namun telah ditolak Jabatan Pendaftaran Negara yang mahu mempertahankan integriti bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Satu persoalan pada kita semua, “Adakah isu Murtad ini hanya isu yang kecil?” Dan kita tidak perlu ambil tahu serta hanya berpegang pada kata-kata “not our own business” dalam isu kritikal ini. Pada hakikatnya, walaupun hanya terdapat seorang sahaja yang murtad, kita bertanggung jawab untuk menyelamatkan aqidahnya dan memerangi usaha untuk memurtadkan itu.
Bagi kita orang Melayu Islam yang telah berpegang teguh dengan Islam berdasarkan asal keturunan nenek moyang dan amalan adat budaya serta kepahaman Islam yang sebenar, segala usaha dan cubaan untuk menggugat status Islam di Malaysia ini harus diperangi tanpa kompromi. Mari kita semua bangkit menyatakan yang Haq dan berani bersuara atas dasar ingin menyelamatkan agama kita yang tercinta di bumi kita sendiri.
Akhir sekali, nasihat buat para beliawanis sekalian, jangan biarkan diri anda mangsa seterusnya. Mari sama-sama perkasakan pengetahuan di dalam diri dan pelihara diri daripada menghampiri segala jalan yang akan membawa ke arah masalah ini. Sama-sama kita ambil serius isu ini dan cuba selamatkan orang-orang di sekeliling kita. Kita semua adalah penentu masa depan sesuatu bangsa.
Sebagai penutup hayati kata-kata Sayyid Qutb:
“Seorang anak yang rosak masih boleh diperbaiki akhlaknya asalkan dia pernah mendapatkan pengasuhan seorang ibu yang baik. Namun sebaliknya, seorang ibu yang rosak akhlaknya, akan melahirkan generasi yang rosak akhlaknya.”
Nor Syakira Kasim
Ketua Beliawanis
PEMBINA Kedah