Belia Tanpa Cahaya Islam

 

Siapa sangka seorang gadis yang suatu masa dahulu menggemparkan negara dengan kegeniusannya dalam bidang matematik sehingga diterima memasuki Universiti Oxford pada umur 13 tahun kini sudah hampir musnah hidupnya. Apakan tidak, media antarabangsa baru-baru ini melaporkan dia kini terpaksa melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya. Mengapakah hal ini terjadi? Mengapakah sebutir permata begitu mudah sekali bertukar menjadi batu kerikil yang tidak bernilai..?

 

Islam Agama Rahmat

Sejak kemunculannya di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah, Islam membawa ketenangan dan rahmata kepada penganutnya. Di kala para hamba dilayan seperti binatang, Islam memandang tinggi hak mereka. Ketika wanita dianggap seperti sampah dan dilayan persis alat memuaskan nafsu, Islam menyanjung dan mengangkat kedudukan wanita ke suatu tahap yang tidak pernah diiktiraf oleh agama-agaa selainnya. Bahkan Islam meletakkan iman sebagai ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah S.W.T. boleh jadi seseorang wanita itu lebih baik daripada seseorang lelaki kerana imannya kepada Allah, dan begitu pulalah sebaliknya.

Apabila masyarakat terasing dan sunyi daripada cahaya Islam, maka wanita akan menjadi sasaran utama para musuh Islam untuk merosakkan masyarakat keseluruhannya. Kehidupan Sufiah di barat pada usia yang muda pastinya mengahadapi cabaran yang amat dahsyat dari segenap aspek. Sistem jahiliyyah telah membuktikan kegagalannya apabila tidak mampu untuk membentuk suatu masyarakat yang bermoral dan beretika. Peningkatan kadar jenayah tidak dapat dibendung lagi. Malah, sistem politik dan sosial turut dicemari dengan unsur korupsi dan kebejatan akhlak.

 

Sufiah: Pengajaran Buat Belia

Siapakah yang berani menjamin bahawa perkara yang berlaku terhadap Sufiah tidak akan menimpa kita? tidak usah sibuk menuding jari membicarakan keburukan orang lain sekiranya kita juga terdedah kepada risiko yang sama. Belia di Malaysia juga terjebak di dalam kancah gejala sosial yang amat membimbangkan.

Statistik Pelacuran dari Polis Kuala Lumpur umpamanya, mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam pelacuran iaiitu dengan 60 %. Nah, inilah akibatnya apabila belia hidup dalam suasana yang tidak dibina oleh Islam. Masakan tidak, kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan. Para belia telah dicandukan dengan hiburan sehingga apa sahaja yang dibawa oleh barat dianggap sebagai ‘cool’ dan hebat. Pergaulan tanpa batas sudah menjadi sesuatu yang tidak menghairankan. Malah, mengatakan tidak kepada realiti ini dianggap sebagai konservatif dan jumud.

Kes Sufiah jelas menunjukkan bahawa kepintaran akal semata-mata belum cukup untuk membimbing diri ke arah kehidupan yang sempurna. Ia mestilah diseimbangkan dengan pembinaan rohani dan akhlak yang mantap. Kepincangan salah satu dari kedunyaakan mengakibatkan kepincangan dalam hidup. Malah, kes Sufiah juga menunjukkan betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam membina peribadi dan perwatakan seseorang. kepincangan yang berlaku dalam sistem kekeluargaan akan menyebabkan anak-anak hidup dalam keadaan yang tidak tentu arah. Justeru perkahwinan mestilah dibina atas dasar Islam dan denagn niat untuk membentuk sebuah keluarga Muslim yang sejati, bukan atas dasar nafsu atau kepentingan material semata-mata.

 

Beruntunglah masyarakat yang disinari dengan cahaya Islam kerana pasti lahir daripadanya golongan belia yang mampu membawa perubahan ke arah kebaikan, sepertimana generasi yang telah dibentuk oleh RAsulullah S.A.W : golongan belia yang adil kepada diri sendiri, bermanfaat kepada orang lain…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top