Akhlak Mulia dan Persaudaraan Islam

ukhuwahPerpaduan adalah hasil daripada akhlak yang baik manakala perpecahan pula berpunca daripada akhlak yang buruk. Ini kerana akhlak yang mulia menhasilkan kasih sayang dan permuafakatan manakala akhlak yang buruk menghasilkan sikap benci membenci dan saling pulau memulau antara satu sama lain. Kelebihan akhlak yang mulia adalah jelas dan banyak hadis menyebut mengenainya:

Abu Darda’ r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w, sabdanya:


Pada hari kiamat kelak, tiada satu perkarapun pada timbangan amal orang mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia (khuluqin hasan). -Riwayat at Tirmidhi dan beliau mensahihkannya.

Dalam hadis lain menyebut:


Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu. -Riwayat Ahmad.

Nabi pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak menyebabkan manusia dimasukkan ke syurga. Baginda bersabda yang bermaksud:


Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. -Riwayat al-Tirmidhi.

Berhubung dengan kecintaan kerana Allah, terdapat hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Tujuh golongan yang Alah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja…

Salah satu golongan tersebut ialah:

Dua orang yangberkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun dan bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. -Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, al-Tirmidhi dan an-Nasaie.

Dalam sebuah hadis Qudsi menyebut bahawa Allah Taala berfirman:


Aku pasti mengasihi orang yang kasih mengasihi keranaKu. Aku pasti mengasihi orang yang saling membelanjakan hartanya keranaKu dan Aku pasti mengasihi orang yang ziarah menziarahi keranKu. -Riwayat Malik

 

Semoga kita tergolong dalm golongan orang yang berkhlak dengan semulai-mulia akhlak dan saling mengasihi sesama Muslim kerana Allah Ta’ala. Wallahu A’lam.

 

oleh: Umar Hakim Mohd Tajuddin


1 thought on “Akhlak Mulia dan Persaudaraan Islam”

  1. kenapa umat islam hari ini terus brpecah sedangkan ayat allah jelas melarang prpecahan sesama sndiri

Leave a Reply to dullah Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top