Adakah Aku Si Kitol kepada Negara Ini?

Allahu Akbar!!!
Allahu Akbar!!!

(Takbir raya bergema)

Raya Aidiladha ini cukup lain bagiku.

Aku memilih menyambutnya bersama penduduk Kampung Mualaf Sungai Asap, Bintulu Sarawak.

Jauh dari keluarga di Semenanjung Malaysia.

Pada aku, Malaysia bumi yang cukup bertuah kerana tanah air ini adalah bumi perjuangan nenek moyang kita dahulu.

Aku bersyukur dapat menyambut Hari Raya Aidiladha ini di tanah air tercinta ini.

Alhamdulillah ya Allah.

Tetiba teringat akan nasib saudara seagamaku di negara-negara lain.

Bagaimana saudaraku di Syria? Bagaimana saudaraku di Palestin? Terbaru bagaimana saudaraku di Kashmir?

Beberapa hari lalu sebelum raya, umat Islam dikejutkan dengan penindasan di bumi Kashmir.

Kerajaan India dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi telah membatalkan Artikel 370 yang telah memberi kuasa autonomi kepada rakyat Kashmir untuk memerintah sendiri wilayah mereka dengan mempunyai perlembangan sendiri, kemerdekaan sendiri, bendera sendiri kecuali dalam hubungan antarabangsa, pertahanan dan komunikasi.

Tarikh 5 Ogos 2019 yang lalu adalah tarikh yang wajib diingati oleh semua orang Islam di dunia ini kerana Kashmir telah dikhianati.

Kita harus ingat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak bukan Islam bakal dikhianati sekiranya kita leka dan lalai.

Dalam kes Kashmir ini, setelah 7 Dekad keamanan dicapai melalui Artikel 370, Parti Bharatiya Janata telah menunaikan janji mereka dalam pilihan raya Umum yang lalu untuk membatalkan Artikel 370.

Ini menjadi tamparan hebat kepada rakyat Kashmir yang majoriti 60% adalah beragama Islam.

Aku merasa akan nasib malang yang menimpa saudaraku di negara lain, akan turut menimpa kita di Malaysia sekiranya kita gagal n leka dari mempertahankan bumi bertuah ini.

Kemerdekaan yang dinikmati hari ini, bakal dirobek sedikit demi sedikit sekiranya kita leka dan lalai dalam menjaganya.

Semua pihak perlu bersama dalam mempertahankan tanah air ini namun cukup seorang sahaja yang menjadi “Si Kitol” untuk merobek kemerdekaan ini. Cukup sejarah ini sahaja menjadi pengajaran besar kepada kita yang masih punya hati mencintai tanah air ini.

Terkorbankah Aku? Andai aku lalai dan leka mempertahankan nikmat kemerdekaan ini.

Hanya kepada Allah aku berserah setelah berusaha.

Wan Amir
Kolumnis PEMBINA

Sumber:

1)https://www.bbc.com/news/10537286
2) https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/world/2019/aug/12/our-hearts-are-on-fire-kashmir-spends-eid-al-adha-in-lockdown

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top