Pengalaman aktivisme yang Mengubah Diri

Jadi mahasiswa yang berjaya dengan mencipta pengalaman kepimpinan, tarbiah, kesukarelawanan, sukan dan pelbagai lagi.

Alhamdulillah sejak saya menyertai PEMBINA di Univesiti Kebangsaan Malaysia, saya mendapat pendedahan yang banyak tentang nilai kepimpinan itu sendiri. Saya juga didedahkan dengan ‘networking’ yang sudah tentu membantu saya di luar sana nanti.

Imran Hakimi

Ahli Pembina UKM

Pembina telah ajar saya untuk lebih berani ke hadapan, mencuba sesuatu yang baru dan saya lebih cakna tentang isu semasa. Dulu, saya seorang yang agak introvert, tapi Pembina membuatkan saya keluar dari comfort zone untuk menjadi lebih berani dan berkepimpinan.

Nadhratul Hana'

Ahli Pembina USIM

Terlalu banyak perkara bermanfaat yang mana mengubah diri saya sepanjang bersama-sama dengan Pembina. Jujur saya katakan ini adalah platform terbaik untuk mahasiswa menggilap bakat kepimpinan dan membina jati diri yang betul.

Haziq Mahrur

Ahli Pembina UIAM

Sertai mereka yang ingin berjaya

“Dan bersabarlah kami bersama orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya pada waktu pagi dan petang,
mereka mengharapkan keredhaanNya”, Al Kahfi, 28.

Lebih 20 IPT telah mendaftarkan Pembina

Sertai Pembina yang telah berdaftar secara rasmi di IPT-IPT yang terkemuka di Malaysia.

Pembina Wadah Terbaik Belia Masa Kini

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) merupakan wadah terbaik belia masa kini dalam membentuk keperibadian unggul dan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh negara.

Sejak tertubuhnya persatuan ini sejak lebih sedekad yang lalu, aspirasi pembina dalam melahirkan mahasiswa/wi cakna isu semasa dan seimbang dari aspek kerohanian dan jasmani telah berjaya dicapai.

Sertailah PEMBINA.

Prof. Dr. Norbahiah Misran

Profesor, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pembina Ruang Terbaik Bentuk Keperibadian Diri

Mendepani cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi masa kini, PEMBINA merupakan satu inisiatif terbaik bagi mahasiswa/wi untuk berhadapan dengan cabaran tersebut.

Pelbagai aktiviti dan program telah disediakan untuk aktivist PEMBINA bagi memberi pendedahan mengenai cabaran sebenar di luar kampus dan belajar mengurus emosi.

Saya telah terlibat dengan aktivisme mahasiswa melalui PEMBINA sejak tahun 2010 sehingga kini. Persatuan ini telah membentuk keperibadian saya bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, tetapi proaktif dalam isu semasa, kepelbagaian kemahiran insaniah, teguh jati diri, keseimbangan emosi dan semangat patriotisme yang tinggi.

Sertailah PEMBINA.

Ts. Dr. Muhammad Noorazlan Abd Azis

Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Saya percaya dengan Pembina kerana...

Pembina menawarkan pelbagai kemahiran yang sangat berguna bagi menempuh alam pekerjaan, kerana ilmu sahaja tidak memadai untuk para pelajar menceburi alam pekerjaan, tetapi kemahiran juga perlu ada iaitu seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran keusahawanan, kemahiran pemikiran kritis dan sebagainya. Inilah yang akan membantu para pelajar untuk berjaya bukan sahaja dalam menuntut ilmu, bahkan semasa menceburi alam pekerjaan kelak apabila selesai menuntut ilmu.  

Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Pengajian Quran Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Mahasiswa membaca

Antara artikel terkini untuk anda

PASRAH VS REDHA?

Pasrah dan redha, dua perkataan yang tidak asing kita dengar, terutamanya di dalam adegan sedih dalam kebanyakan drama-drama melayu. Tetapi bila disebutkan kedua-dua perkataan ini adakah kita benar-benar memahami maksudnya?

Baca Sepenuhnya
Scroll to Top