10 AKTIVITI DAIE SEPANJANG TEMPOH #RMO


Apa khabar para daie?

Masih subur dakwah di hati? Yalah, kerana penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan, kita di Malaysia akhirnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 2 minggu sejak 16 Mac yang lalu. Jadi, semua pergerakan diterhadkan, tidak boleh keluar rumah kecuali bila betul-betul ada kecemasan.

Waktu kritikal begini, para daie tidak boleh duduk diam atau statik tanpa melakukan kerja asasidakwah seperti dakwah fardiah, muayasyah dansebagainya. Daie diminta untuk berfikir di luarkotak secara kreatif dan kritis supaya ruh dakwahmasih lagi utuh dipasak dalam jiwa seorang daie.

Di sini dikongsikan 10 perkara yang daie bolehlakukan agar ruh dakwah terus menyubur:

1. Menghubungi dan bertanya khabar anakbuah secara alam maya.

Daie boleh memilih pelbagai medium ‘online’ seiring dengan kecanggihan teknologi masa kini. Aplikasi seperti Zoom, whatsapp/facebook video call, skype dan sebagainya boleh dipilih mengikutkesesuaian. Tanyakan khabar tentang perihalkesihatan anak buah dan keluarga, pasti merekaakan bertambah rasa chenta dengan murobbimereka!

2. Membaca & menghafal Al-Quran

Pelaksanaan kempen one day one juzuk (ODOJ) sangat praktikal untuk dilakukan sekarang, bukanhanya menunggu datangnya bulan ramadhan. Peruntukkan juga sedikit masa untuk menghafalsurah-surah pilihan. Tidak perlu diletakkan target yang terlalu besar dan sukar dicapai dalam masa yang singkat. Apa yang penting adalahmembentuk disiplin supaya konsisten menghafalwalaupun satu ayat sehari.

3. Membaca buku-buku fikrah

Peruntukkan masa untuk membaca buku-bukufikrah seperti Muntalaq, Maalim Fi Taariq, RisalahHasan Al-Banna atau mana-mana bahan usrahyang belum dibaca. Bahan fikrah amat pentingsupaya daie lebih faham akan hakikat perjuangandalam dunia dakwah dan tarbiah. Ingatlah, jalandakwah tidak ditaburi bunga nan wangi tetapi iapenuh dengan ranjau, onak dan duri. Banyakpengorbanan akan dituntut dari kita baik hartamahupun jiwa dan raga.

4. Menghasilkanpenulisan ilmiah

Tulisan merupakan salah satu cara untukmemperkenalkan dan menyampaikanpengetahuan kepada masyarakat dengan meluas. Jadi amat penting bagi seorang daie yang mempunyai fikrah yang sahih memandumasyarakat dengan ilmu yang benar. Jika tidakbiasa menulis, ia boleh dilatih asalkan adakemahuan yang tinggi. Mulakan dulu denganmenulis sesuatu yang anda minati seperti topikkesihatan, politik, mahasiswa, sukan dan lain-lain.

5. Meluaskan pembacaan

Dalam buku Tsaqafah Daiyah karangan Dr. Yusuf Qardhawi, beliau telah meminta para daie untukmempelajari 6 lapangan ilmu iaitu Ilmu Agama, Ilmu Sejarah, Ilmu Sastera dan Bahasa, IlmuKemanusiaan, Ilmu Sains dan Ilmu Hal EhwalSemasa. Jika sebelum ini daie mungkin hanyamembaca satu buku satu bulan, sekarangmerupakan masa yang sesuai untuk tingkatkanbacaan mengikut kemampuan masing-masing.

6. Cakna isu semasa

Daie yang cakna dengan isu semasa akan tahumasalah yang berlaku dan situasi semasa. Seorang daie dilihat perlu untuk merasa sensitifdengan perkara yang berlaku disekeliling selaintahu cara untuk merespon sesuatu isu denganbaik. Selain itu, daie haruslah mempunyai tahapkepedulian yang tinggi jika dakwah mahu diterimaoleh masyarakat umum.

7. Memperbaiki mutabaah amal

Catatkan semua ibadah wajib dan sunat yang dilakukan dan berusaha untuk mempertingkatkanibadah setiap hari. Daie haruslah sentiasaberazam untuk menambah baik kualiti ibadahkerana ia seakan jambatan menuju kepada Allah. Bagaimana mungkin dapat memenangi hati mad’ujika jambatan kepada pemilik hati semua manusiamasih tidak siap atau jambatannya putus-putus?

8. Merancang bahan usrah atau strategi mendekatianak buah

Bahan usrah perlulah dirancang dan disusundengan baik agar tahap kemenjadian mad’umencapai keberkesanan yang tinggi. Daie jugaperlu merancang strategi baru untuk muayasyahjika kaedah lama yang digunakan tidak berhasil. Rasulullah sendiri bijak mengatur strategi dalammengembangkan Islam sehingga tersebar keseluruh dunia.

9. Menelusuri sirah perjuangan Rasulullah

Adakah kita menjadikan perjuangan dakwahRasulullah SAW sebagai inspirasi dalam setiapgerak dakwah kita? Penting bagi seorang daiemeneladani dan fahami sirah supaya dapatmengetahui bagaimana cara dan bentukpenyampaian yang dilakukan oleh RasulullahSAW serta pelbagai cabaran yang dilalui olehbaginda untuk mencapai matlamat dakwah secaraberkesan.

10. Koreksi diri

Penilaian diri adalah kewajipan tarbiyah ruhiyahdengan tujuan untuk menilai dan memperbaiki dirisupaya daie beriltizam dengan jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang beriman danbertaqwa. Tajdid semula niat kenapa kita berada di atas jalan ini. Adakah sekadar hanya mahumenumpang jemaah atau hanya inginberaktivisme semata? Fikir-fikirkan.

Sungguh ujian yang berlaku sekarang adalah satupeluang untuk orang-orang beriman dinaikkandarjatnya di sisi Allah jika ditempuhi dengan sabar. Banyakkan munajat kepada Allah dan percayasetiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semogadaie terus mengekalkan momentum tarbiah padatahap optimum sepanjang tempoh #RMO ini.

In sha Allah.

Suhaila Sanusi

SUC Pembina Bangi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top