Aktivis PEMBINA wakili Malaysia di Istanbul, Turki

Oleh: Ain Farhanah Fauzi

BANGI, 7 Februari – Qamarul Nazrin, Jawatankuasa Aktivisme PEMBINA Pusat yang juga merupakan pelajar siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mewakili Malaysia ke Istanbul, Turki di 4th International Conference on Education and Social Science (INTCESS17) dengan dua produk kajian beliau.

Menurut Qamarul Nazrin, beliau bersyukur dapat membentangkan kajian beliau di peringkat antarabangsa.

“Saya bersyukur dapat menyampaikan dua pembentangan kajian saya yang bertajuk Information Security Culture for Malaysian Public Organization: A Conceptual Framework dan The Relationship Between Information Systems Resources and Information Security.”

Tambah beliau lagi, banyak pandangan baru yang beliau dapat daripada ahli –ahli akademik semasa berada di persidangan antarabangsa tersebut.

“Banyak pandangan –pandangan baru daripada ahli akademik yang saya jumpa di sana yang sangat membantu dalam penambahbaikan kajian saya pada masa akan datang.”

INTCESS17 yang berlansung dari 6 hingga 8 Februari 2016 adalah merupakan salah sebuah persidangan antarabangsa yang menjemput ahli akademik dan penyelidik dari seluruh dunia untuk membentangkan hasil kajian masing –masing sambil bertukar idea dan membincangkan isu –isu yang berkaitan dengan semua bidang Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Tahun lalu, INTCESS17 Science telah menyaksikan penyertaan daripada lebih 200 peserta dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Turki, Kanada, United Kingdom, Indonesia, Singapura, Tanzania, Mesir, Korea dan China

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top