Vape : Prinsip keharaman dan peranan pemimpin menerusi perspektif dari fiqh sirah

 

vape 3

Vape atau rokok elektronik  menjadi kegilaan pemuda dan pemudi Islam pada masa ini. Berbagai- bagai alasan dicipta untuk menghalalkan penggunaan vape dan demi kepuasan nafsu mereka semata- mata. Antara alasan yang sering dilaung-laungkan adalah penggunaan  vape boleh mengatasi masalah ketagihan merokok. Ini tidak benar sama sekali  kerana setakat ini tiada bukti menunjukkan bahawa rokok elektronik (e-rokok) dan vape berkesan dan boleh membantu menghilang tabiat ketagihan merokok.

Hal ini menurut Pakar Perunding Pulmonolgi Hospital Serdang Dr Jamalul Azizi Abdul Rahaman. Beliau menegaskan setakat ini masih belum ada kajian saintifik yang menyokong atau membuktikan bahawa vape dan e-rokok memberi kesan positif untuk membantu individu berhenti merokok.

Menurut kajian, 95% peratus menunjukkan kesan  vape terhadap kesihatan sama sahaja seperti merokok kerana vape turut mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan selain memburukkan pandangan mata dengan asap yang berkepul–kepul  yang menjatuhkan kredibiliti  individu yang beridentitikan Islam dan melayu.

Udara yang bersih juga turut tercemar dengan penggunaan vape selain pembaziran. Selain itu, vape turut digayakan dengan pelbagai perisa seperti strawberi, epal, dan lain- lain yang menjadi salah satu daya  tarikan kepada pengguna untuk menghisapnya.

Namun begitu pelbagai alasan dan teori teori dicipta untuk membenarkan penggunaan vape, hukum vape jelas dan makruf iaitu haram. Tidak perlu untuk mencari yang halal dalam haram. Dalam fiqh sirah jilid 1, jelas  menunjukkan matlamat tidak menghalalkan cara.

Prinsip dan kata putus Islam muktamad. Dan kita perlu berpegang teguh dan mempertahankan hukum dan prinsip Islam itu sendiri. Walau sebanyak mana pun alasan dan persoalan dicipta untuk membenarkan vape, tetapi dalam rujukan sama menyebutkan kita tidak perlu untuk mengkaji dan berpenat lelah bagi menjawab segala persoalan dan alasan oleh golongan- golongan  tersebut  yakni golongan yang mencipta alasan untuk menghalalkan vape kerana itu hanyalah tipu daya mereka sahaja. Yang penting apa yang digariskan dalam fiqh sirah, kita perlu tetap dengan pendirian prinsip Islam.

Dalam fiqh sirah telah menggariskan peringkat tanggungjawab yang dibebankan terhadap muslim amat berkait rapat dengan tanggungjawab pemerintah atau ulama selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Ini disebutkan dalam peringkat ketiga selepas tanggungjawab seseorang terhadap dirinya serta tanggungjawabnya terhadap ahli keluarga.

Pemerintah dan alim ulama sepatutnya mendaulatkan Islam di Malaysia dengan melaksanakan prinsip- prinsip Islam dan membuang segala anasir-anasir yang sememangnya difatwakan haram dan berbahaya kepada masyarakat seperti vape. Namun begitu, pengharaman vape tidak dilakukan secara menyeluruh sebaliknya secara beransur-ansur dari jabatan agama setiap negeri ke institusi Kesultanan Johor  dan baru baru ini institusi pengajian tinggi.

Tidak ada lagi kata putus yang mutlak yang mengharapkan vape secara sepakat di Malaysia dan hal ini amat membimbangkan dan boleh membawa kecelaruan dalam masyarakat. Adakah pemerintah atau para alim ulama telah menjalankan tanggungjawab mereka secara sepatutnya dalam menangani isu vape ini?

Oleh
Iffah Khairul Anuar
Beliawanis PEMBINA UIAM Gombak

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top