Vape :Matlamat tidak menghalalkan cara

IMG_5404.JPG

Isu vape menjadi satu isu kontroversi di Malaysia. Vape ataupun e-rokok adalah salah satu bentuk ancaman halus yang boleh merosakkan golongan belia di Malaysia. Ia dianggap ancaman kerana ia meruntuhkan nilai moral individu itu sendiri.

Golongan belia sepatutnya tidak terpengaruh dengan gejala ini dan sepatutnya sedar bahawa perbuatan vaping tidak mendatangkan faedah sama sekali. Maka, golongan belia sepatutnya mengambil langkah untuk membanteras gejala vaping dan memandang penting isu ini. Ia diibaratkan perkara cabang yang mampu merosakkan keseluruhan akar sekiranya tidak dibendung dan dipandang remeh.

Antara alasan yang sering digunakan adalah vape merupakan pengganti kepada rokok dan salah satu cara untuk berhenti merokok secara perlahan lahan. Walaubagaimanpun matlamat tidak menghalalkan cara. Jika diimbas kembali sirah Rasulullah s.a.w , terdapat satu kisah di mana sewaktu Rasulullah s.a.w berdakwah secara terbuka, seorang pembesar Quraisy bernama ‘Utbah bin  Rabi’ah telah berjumpa dengan baginda untuk melakukan rundingan dengan memberi tawaran kepada baginda.

Antara tawaran tersebut adalah harta, kemuliaan, raja(pangkat) serta mencari tabib terkenal untuk merawat baginda s.a.w  yang dituduh dirasuk syaitan. Setelah ‘Utbah selesai membuat tawaran, Rasulullah menjawab pembesar itu dengan membacakan ayat 1hingga 13 dari surah Fusilat sehingga menyebabkan ‘Utbah menutup mulut Rasulullah s.a.w kerana terpaku dengan ayat yang penuh ugutan itu.

“Jika mereka berpaling maka katakanlah, Aku telah memperingatkan kamu dengan petir seperti yang menimpa kaum ‘Ad and Thamud” (Fusilat : 13)

Apa yang boleh disimpulkan disini adalah matlamat yang suci hendaklah disertakan dengan cara yang suci. Rasululullah diberi tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah dimana ianya matlamat yang suci dan Rasulullah menolak semua tawaran yang datang kepada baginda kerana ia bertentangan dan tidak telus(cara yang kotor).

Seperti isu vape, ia tidak boleh dikatakan sebagai alternatif rawatan kepada rokok. Ini kerana vape dilihat lebih banyak membawa kemudaratan berbanding kebaikan malah boleh menjadi lebih mudarat daripada rokok itu sendiri. Selain membahayakan kesihatan, vape juga menyebabkan ketagihan dan pembaziran. Ia perbuatan yang dilihat tidak bermaruah dan boleh mendatangkan fitnah kepada Islam.

Niat untuk berhenti merokok adalah satu matlamat yang suci maka perlu cara yang suci untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, golongan belia perlu bertindak rasional dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Adalah lebih baik wang yang dikeluarkan untuk membeli vapor digunakan untuk perkara yang bermanfaat seperti bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan juga pendidikan. Amat penting bagi golongan belia untuk menolak vape kerana mereka merupakan pewaris kepada tampuk pemerintahan negara dan semestinya kita mengimpikan pemimpin yang dapat membela agama dan maruah negara.

Oleh

Istisyhad Mohammad
PEMBINA UIAM Gombak

Author media

More posts by media

Join the discussion One Comment

  • Radin Nuraisyah binti Radin Abd Khalim says:

    cadangan lebih detail utk penambahbaikan moral belia kini sekaligus membanteras masalah vape

Leave a Reply