Tautan Ukhuwah Eratkan Senior-Junior HUKM

SABTU, 21 Disember 2008 – Program rehlah  yang telah diadakan di Sungai Pisang, Gombak telah berlangsung dengan jayanya pada hujung minggu lalu. Dengan penyertaan Mahasiswa-mahasiswa fakulti perubatan HUKM seramai 15 orang, program anjuran PEMBINA DHL ini berobjektifkan membina tautan ukhwah


antara para mahasiswa terbabit tanpa mengira perbezaan umur dan tahun antara  para mahasiswa.

Selain itu, program ini juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada Mahasiswa junior untuk terus beristiqamah bergiat aktif dalam mengerakkan arus dakwah  bersama ‘abang-abang’ meraka. Pelbagai permainan direka bagi mencapai objektif terbabit.

Para peserta juga turut di saji dengan perbagai hidangan menyelerakan termasuklah hidagan ber‘barbeque’ setelah tamat permainan.

Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu VIP, Dr Kamil Azmi Tohiran, merangkap Presiden PEMBINA.  Di akhir program sebuah pengisian disampaikan oleh Dr Kamil sebagai penutup bicara. Di harap masa dan tenaga yang dilaburkan sepanjang program ini tidak berlalu dengan sia-sia.

 

Leave a Reply

More in AKTIVITI (211 of 223 articles)

View in: Mobile | Standard