Don't miss
- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 79 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 84 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 119 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 149 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 217 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 261 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 277 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 281 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 305 days ago
PEMBINA ucap tahniah kepada Dr Mursi atas kemenangan sebagai Presiden Mesir
By media on June 25, 2012

Pengumuman keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung semalam, 25 Jun 2012, kira-kira pada jam 3.00 petang waktu tempatan (jam 9.00 malam waktu Malaysia) telah mencatatkan satu sejarah baharu khususnya buat warga negara Mesir, dan umumnya buat agenda Islam di era pasca modernisme ini.
PEMBINA mewakili seluruh belia Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Mesir keempat, Dr Muhammad Morsi, di atas kemenangan di dalam Pilihanraya Presiden Mesir setelah meninggalkan lawannya dengan majoriti melebihi 1 juta.
Kemenangan ini merupakan kemenangan yang amat bermakna buat seluruh rakyat Mesir, agenda penegakan syari’at di rantau Timur Tengah dan ke arah pembebasan bumi Palestin serta Masjid Al-Aqsa.
PEMBINA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada belia dan mahasiswa yang telah menyokong jemaah Ikhwan Muslimin serta Parti Kebebasan dan Keadilan. Peranan pemuda, belia dan mahasiswa yang mendokong agenda kemenangan arus baru di Mesir, terutamanya dalam mengerahkan aktivisme mereka, mempertahankan jatidiri muslim, mengambil berat terhadap isu semasa tanah air dan antarabangsa seharusnya dicontohi oleh pemuda, belia dan mahasiswa di Malaysia.
Oleh;
Ustaz Salman Abdul Rahman
Setiausaha Agung PEMBINA 2012
