Surat Terbuka Buat Ahli PEMBINA

Musuh-musuh Islam sedang menjalankan pengkaderan di dalam IPT kalian

Setelah membongkar kembali sejarah gerakan mahasiswa, serangan ideologi masa kini, dan arus globalisasi yang menghakis jati diri..
Hanya satu mesej yang hadir.

WAHAI AHLI PEMBINA,
ANDA PERLU KEHADAPAN..!!
Musuh-musuh islam sedang menjalankan pengkaderan di dalam IPT kalian.

26hb Mac ini di UNIMAS, talk mengenai Political Islam and Feminism oleh wakil SIS.
21hb Mac yang lalu lecture mengenai LGBT dari PT Foundation di UNMC.

Belum lagi kita senaraikan program mereka di IPT kita yang telah lalu.
Dan semestinya yang akan datang juga.

Wahai ahli PEMBINA,
Yang selama ini telah diulit dengan indahnya tarbiyah dan manisnya ukhwah.
Buah tarbiyah itu telah cukup ranum untuk KALIAN TURUN KE MEDAN.

Usah melihat kehadiran sesumpah jahiliah ini di IPT kita dan merasakan ia hanya perkara biasa.
Ia cuma forum dan lecture biasa.

Mungkin kalian lupa bagaimana musuh Islam mencatur askar Allah.
http://kedai-cinta1924.blogspot.com/2012/10/selamat-datang-ke-pengembaraan-yang.html

Kami tidak akan pernah bosan mengingatkan anda,  mengapa?

Kerana kalian mahasiswa yang akan memegang tampuk pemerintahan negara kita akan datang. Kalian yang akan membentuk polisi juga dasar-dasar buat kita dan anak cucu kita.

Wahai ahli PEMBINA,
Harapan manusia seluruh dunia…
Di sini secara ringkas dibentangkan gerak kerja musuh-musuh Allah.
Konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.

Anda bebas untuk tidak membacanya.
Tetapi anda akan rugi wahai ahli PEMBINA,
amat-amat rugi kerana menolak dari berada di saff yang sepatutnya.
Setelah bertahun kalian merasai tarbiyah dari gagasan ini.

Dari website SIS:
“Sisters in Islam is at the forefront of the women’s movement which seeks to end discrimination against women in the name of religion. The group’s activities in research, advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state.

The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, Shari’ah Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion.”

Gerak kerja SIS:

Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, memperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam.

SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.

SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki. SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.
Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat
menggunakan media sebagai alat pendidikan.

Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan. Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.

Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan bersifat mencabar Islam termasuklah:

i. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.
ii. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December 1993.
iii. Officers’ Action Cannot Be Seen As ‘Islamic’ bertarikh 23 January 2005
iv.”Moral Policing Violates Qur’anic Spirit and Fundamental Rights” bertarikh 1 Februari 2005.
v.“The State Has No Role in Policing Morality” bertarikh 23 Mac 2005

Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan. Seperti yang dapat dilihat dalam “Kempen Satu Suami Satu Isteri” yang digagaskan SIS.
Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.

Wahai ahli PEMBINA,
Tidakkah sama gerak kerja mereka dengan apa yang ditulis oleh Unit kajian Amerika dalam Laporan RAND Corp?
Ini bukan kebetulan.
Ia satu gerak kerja yang terancang.

Akhir kalam,
Buat ahli PEMBINA harapan sekalian alam..
Musuh-musuh islam sedang melakukan pengkaderan dalam masyarakat kampus anda.
Usah ditanya mengapa kami, mahasiswa yang menjadi fokus pengkaderan?

“Tidak perlulah saya huraikan dengan panjang lebar TANGGUNGJAWAB kamu kerana  KAMU SENDIRI MENGETAHUINYA….” Imam al Banna

HADIR dan RESPON jika sesumpah-sesumpah jahiliah itu menerjah IPT kalian. Selamatkan mahasiswa harapan umat.

Pilihan di tangan anda.

ISMA Membangun Umat Beragenda.
PEMBINA Meneraju Arus Mahasiswa.

Sharifah Abdul Samad,
Ahli Jawatankuasa Unit Informasi dan Kajian PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top