was successfully added to your cart.

Sukarelawan Marsah Edar Makanan

27 ramadhan 1439H- Program Tautan Ramadhan telah diadakan bagi meraikan IPT Kolej Islam Johor(MARSAH) dengan memberikan juadah makanan berbuka puasa sebanyak 200 pek makanan iftar kepada mahasiswi dan mahasiwa. Program itu telah dijalankan oleh Pihak Pusat Kecemerlangan Ummah (PACU) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Johor Bahru (Pembina Johor Bahru).

Jutaan terima kasih dari pihak surau An-Nur Country Height, Bangi dan Kumpulan Street Dakwah atas sumbangan yang bermakna di bulan Ramadhan yang mulia ini. Antara keberkatan rezeki di bulan Ramadhan ini adalah dengan memperbanyakkan amalan bersedekah. Menginfakkan harta ke jalan Allah untuk meraih redha ilahi.

Program itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim persatuan PEMBINA bersama mahasiswa dan mahasiswi Marsah. Di samping itu, mahasiswa dapat menyampaikan amanah orang yang berinfaq untuk diberikan kepada mahasiswa di kolej berkenaan. Kecintaan umat islam sesama saudaranya dalam pesta ibadah Ramadhan ini juga menunjukkan dengan bersedekah, menjamu rakan-rakan, kaum keluarga, anak yatim dann fakir semasa berbuka puasa.
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.” (HR. At-Tirmidzi)

Moga kesucian Ramadhan menjadikan hati insan penuh lembut menerima pemberian makanan atau minuman dari seorang insan ketika berbuka puasa serta menjadikan lebih dekat dengan Allah. Jadilah tangan yang memberi kerana itu yang lebih baik – begitulah lumrah amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan dalam kalangan umat islam di negara ini.

Author Nor Syamimi

More posts by Nor Syamimi

Leave a Reply