Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah mewujudkan struktur terbaru dalam pentadbiran organisasi iaitu Sidang Pimpinan Nasional. Perubahan ini berlaku sebagai persediaan lonjakan usaha pembangunan mahasiswa yang berimpak tinggi. Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persatuan Belia Islam Nasional pindaan 2018, sukacita dimaklumkan bahawa En. Mohd Eqwan Bin Mohd Roslan telah dilantik sebagai Pengerusi Sidang Pimpinan Nasional. Bidang kuasa Pengerusi adalah menasihati Jawatankuasa Pusat Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan memanggil Sidang Pimpinan Nasional.

IKMAL UBAIDULLAH BIN KAMARUDDIN
Setiausaha Agung,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
29 Oktober 2018

Author Nor Syamimi

More posts by Nor Syamimi

Leave a Reply