Sofwah Naib Johan Pertandingan Nasyid Amal Islami Peringkat Kebangsaan

Sofwah bersama wakil PEMBINA Perlis

 

PUTRAJAYA, 29 Mei 2011 – Kumpulan Nasyid Sofwah dari PEMBINA Perlis berjaya merangkul tempat kedua dalam Pertandingan Nasyid Amal Islami peringkat kebangsaan sempena Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya.

Sofwah telah menyanyikan lagu  “Lakar Sejarah” ciptaan dan susunan sendiri disamping mempamerkan persembahan dan gerak geri yang unik.

Pertandingan yang telah diadili oleh juri-juri professional dari kalangan wakil kumpulan nasyid tempatan seperti Saujana, Brothers dan Rabbani telah menyaksikan pertarungan sengit antara kumpulan-kumpulan penasyid dari seluruh negara.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Sofwah kerana berjaya mengharumkan nama PEMBINA.

 

Leave a Reply

More in AKTIVITI (33 of 223 articles)

View in: Mobile | Standard