Skuad Cuci Masjid Ambil Peduli Keperluan dan Kebajikan Masyarakat

Skuad Cuci Masjid Ambil Peduli Keperluan dan Kebajikan Masyarakat

NILAI IMPIAN, 30 April – “Mahasiswa perlulah aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan selain daripada fokus dalam bidang pengajian di kampus bagi memupuk sikap ambil peduli terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat” kata Fadhil Syukri, Ketua Biro Bakti Pembina di USIM.

Tambahnya, aktiviti kesukarelawanan seperti gotong-royong membersihkan kawasan surau atau masjid ini dapat memberi impak dan kebaikan terhadap pembinaan sahsiah diri mahasiswa agar terlibat aktif dalam hidup bermasyarakat.

Antara lainnya, aktiviti seperti ini juga dapat memupuk semangat berkorban demi kebaikan orang lain, semangat berpasukan dan juga dapat meyemai kasih sayang sesama bangsa dan agama.

Gotong-royong yang dianjurkan oleh Biro Bakti Pembina di USIM dengan kerjasama AJK Surau Al-Firdaus telah disertai oleh 20 ahli skuad cuci masjid yang juga merupakan ahli Skuad Bakti PEMBINA di USIM.

Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.

Semoga kita mendapat mengimplementasikan ayat tersebut dalam membuat kebajikan dan kebaikan, InshaAllah.

Disediakan oleh Wartawan PEMBINA Nilai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top