SIRI 1: 14 KAEDAH PENGHAPUSAN ETNIK KEPADA ETNIK MUSLIM ROHINGYA

Oleh: Aiman Faudzi

photo_2015-05-21_23-01-38

Tulisan ini merupakan tulisan yang sangat penting untuk kita, terutamanya rakyat Malaysia, supaya boleh menilai apakah sebenarnya yang berlaku di Burma khususnya bumi Arakan dan ujian yang bagaimana yang dihadapi secara sabar oleh saudara Rohingya kita. Apakah sebenarnya yang berlaku sehinggakan baru-baru ini tercetus sekitar 7000-8000 orang Rohingya telah tersadai di Selat Melaka. Nak tahu apa yang berlaku kepada mereka sebenarnya? Ringkas sebagai permulaan tulisan ini bahawa kejadian di Selat Melaka tersebut adalah sedikit cerminan-cerminan peristiwa penghapusan etnik di Burma sejak tahun 1942 lagi.

Dalam masa yang sama, tulisan ini ingin membawa satu muhsabah yang dalam buat rakyat Malaysia bahawa jika orang Melayu Islam di Malaysia tidak berhati-hati dan bersungguh menjaga kuasa dan keharmonian negara, maka tidak mustahil kejadian yang berlaku di Rohingya berlaku juga di Malaysia. Perspektif kejadian di Burma perlu dilihat dari kerangka bangsa dan agama. Ia adalah racism tetapi itulah hakikat yang berlaku. Perspektif ini sering dinafikan kerana dikatakan sebagai satu perspektif yang negatif dan pesimis. Namun begitu, perspektif inilah yang mendasari umat Islam di Palestine, di Burma, di China, di Thailand, di Filipina dan mana-mana pelosok dunia yang mempunyai pembantaian ke atas umat Islam.

 

Secebis sejarah Rohingya dan Burma

Arakan iaitu tanah yang didiami Rohingya mempunyai 2 kelompok kaum yang besar iaitu yang terdiri daripada etnik Rohingya yang beragama Islam dan Rakhines ataupun Maghs yang beragama Buddha. Arakan merupakan antara 14 daerah di dalam wilayah Burma di mana daripada 7 juta umat Islam di sana, hampir separuh berada di Arakan.  Arakan yang berkeluasan  36,778.0 Km persegi mempunyai populasi lebih daripada 3 juta penduduk, tidak termasuk seramai 1.5 juta etnik Rohingya yang dibunuh dan dibuang daripada Burma sejak daripada tahun 1942. Kini, majoritinya terdiri sama banyak daripada etnik Rohingya dan etnik maghs. Seawal tahun 1942 juga, terdapat lebih kurang 200,000 etnik di Burma tetapi kini hanyalah tinggal sekitar 100 lebih sahaja.

 

Siapakah dalang yang perlu dipersalahkan?

Jika diselidiki siapakan di sebalik Kerajaan Burma yang menjalankan ethnic cleansing ke atas muslim Rohingya maka jawapan yang ada terbukti bahawa majority daripada kerajaan dan tentera adalah  daripada etnik Maghs. Mereka bukanlah penduduk asal Burma. Mereka ini berhijrah ke Burma dalam sekitar 1200-1500 tahun yang lepas. Asal usul bahasa mereka adalah Sino-tibetan dan merupakan susur galur dari keturunan Yunnan yang bermigrasi daripada China. Etnik Maghs telah menduduki tanah Arakan sehingga berjaya memerintah tanah tesebut.

Pada tahun 1982, mereka telah membuat satu proses Burmanization dan memperkenalkan identity mereka sebagai Burman. Burmanization adalah proses asimilasi menjadikan Burma sebagai satu bangsa, budaya, bahasa dan sejarah. Identiti bangsa adalah Burman dan identiti agama adalah Buddha. Sebagai tambahan kepada identity tersebut, jika diimbas kembali pada tahun 1961, kerajaan Burma telah mengisytiharkan Buddhism sebagai state religion tanpa mengambil kira etnik majority lain seperti Rohinyga yang beragama Islam dan Kachin yang 90% beragama Kristian.

Mana-mana etnik yang cuba menolak asimilasi identiti ini maka mereka perlu berhadapan dengan penghapusan etnik. Wajarlah ia ditentang orang Islam kerana pemaksaan identiti ini akan mendorong mereka untuk murtad. Setelah diselidiki, terdapat 14 kaedah penghapusan etnik yang berjaya direkodkan seawal tahun 1942 lagi yang dilakukan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Muslim Rohingya. Berikut merupakan keempat belas usaha tersebut.

 

photo_2015-05-21_23-03-10

 

1. Statistical genocide sebagai usaha mengaburi usaha jahat tentera dan kerajaan Burma.

Statistical genocide yang dilakukan oleh tentera State Law and Order Restoration Council (SLORC)  adalah satu usaha yang bertujuan mengaburi mata dunia daripada segala kekejaman tentera dan kerajaan Burma dengan menunjukkan angka penduduk Rohingya yang telah digelapkan. Ideanya adalah supaya menunjukkan tiada berlaku pembunuhan dan paksaan migrasi kepada etnik muslim Rohingya di muka bumi Arakan. Dengan cara ini segala usaha jahat pembunuhan, rogol, pukul, rampasan dan lain-lain usaha boleh dilakukan dengan sangat selesa.

Jika diperhatikan, angka penduduk Rohingya yang ditunjkkan kini adalah lebih rendah daripada apa yang pernah dibuat oleh Burma Socialist Programme Party (BSPP) pada 30 tahun yang lalu. Mana mungkin setelah siri-siri pembunuhan dan paksaan migrasi (akan diterangkan lanjut di bawah) besar-besaran tidak menunjukkan sebarang pengecilan drastik angka populasi etnik muslim Rohingya? Dalam masa yang sama statistical genocide ini bertujuan untuk tidak mengiktiraf status majoriti etnik muslim Rohingya dan sekaligus menafikan hak kerakyatan mereka.

 

2. Proses murtad dan menghapuskan identiti: Burmanization dan De-muslimization

Ketika Burman mendapat kuasa dan mendaulatkan Buddha sebagai agama negara maka Burman ataupun etnik Maghs ini telah melakukan satu proses Burmanization. Proses Burmanization ini bertujuan menghasilkan satu asimilasi agama, etnik, budaya, masyarakat dan sejarah etnik-etnik Myanmar ini sebagai satu kaum dengan satu bahasa dan agama. Antara slogan terkenal adalah “to be Burmese is to be a Buddhist” dan slogan ini dicanang-canangkan kepada seluruh etnik.

Maka proses ini secara tidak langsung menetapkan satu pemaksaan prinsip-prinsip de-muslimazation kepada etnik Rohingya. Ataupun dengan kata lain, kalau ingin kekal di Burma maka tolong murtad! Ia bertentangan dengan prinsip agama islam dan Rohingya terpaksa menolaknya. Hasil penolakan oleh etnik Rohingya terhadap Burmanization dan de-muslimization ini, maka kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Maghs telah menjalankan satu proses yang dinamakan Rakhine Pyi pada tahun 1974 dengan memberi taraf kerakyatan kepada etnik Maghs yang beragama buddha di Arakan dan tidak mengikritaf kerakyatan etnik Rohingya.

 

3. Pogrom 1942: Penyembelihan etnik Muslim Rohingya sebelum kemerdekaan. 

photo_2015-05-21_23-03-18

Etnik Maghs yang beragama Buddha di Arakan sentiasa menginginkan tanah yang diduduki oleh etnik Rohingya. Pada tahun 1942, sebanyak 10,000 orang etnik Rohingya yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam dan ribuan lagi dihalau daripada perkampungan mereka. Pada bulan April 1942 khususnya, ketika rusuhan dan peperangan sivil tercetus di Arakan daripada kepulauan Akyab, etnik Maghs bersama-sama dengan para pemerintah Burma telah memanfaatkan situasai tersebut dengan menyembelih seramai 100,000 orang muslim Rohingya lagi dan membakar lebih daripada 307 buah perkampungan muslim. Ketika itu hampir sahaja keseluruhan bahagian timur Arakan menjadi tanah perkampungan bukan Islam dan etnik Maghs yang beragama Buddha menduduki tanah tersebut.

Namun begitu, setelah Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948, muslim Rohingya telah merayu kepada kerajaan baru Burma untuk mendapatkan semula tanah mereka, tetapi permintaan ini telah ditolak. Hasilnya ribuan umat Islam Rohingya tidak mempunyai tempat tinggal.

 

4. Rohingya dinafikan hak pemilikan tanah: Panlong Conference 1945.

Terdapat beberapa siri penafian hak pemilikan tanah oleh Kerajaan Burma terhadap etnik muslim Rohingya. Antara yang terpenting adalah pada tahun 1945, di mana ketika itu General Aung San sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan daripada tangan British. Syarat yang diberikan oleh British adalah agar beliau mendapat sokongan segala etnik baik majoriti dan minoriti di Burma. Justeru itu, pada tahun 1947 telah diadakan satu persidangan yang dinamakan Panlong Conference yang diadakan di wilayah Shan. Setiap etnik minoriti seperti Shan, Kayah, Kachin, Karen dan lain-lain etnik telah diberikan jaminan untuk mendapat autonomi kepada tanah mereka.

Namun begitu, etnik Muslim Rohingya yang merupakan antara etnik majoriti tidak dipanggil. Bahkan, wakil bagi etnik di Arakan telah diwakili oleh etnik Buddhist Maghs yang sebenarnya merupakan satu konspirasi kerajaan pusat untuk meletakkan Arakan iaitu tanah umat Islam Rohingya di bawah kekuasan mereka yang beragama Buddha. Ini secara tidak langsung telah menafikan hak pemilikan tanah kepada etnik Muslim Rohingya.

 

5. Etnik Muslim Rohingya dinafikan hak politik

Namun begitu, penafian hak ini tidak berhenti disitu. Pada pilihan raya Burma yang pertama pada tahun 1947, Majlis Perlembagaan Burma dengan sengajanya tidak mengambil kira perwakilan daripada kawasan utara Arakan untuk terlibat dalam pilihanraya kerana kawasan tersebut dipenuhi oleh umat Islam.

Walaupun selepas itu wujud usaha untuk bernegosiasi dengan pihak British, namun begitu ia merupakan satu usaha yang terlambat kerana Perlembagaan Burma telah siap dihasilkan. Ini merupakan satu tindakan jahat menafikan hak politik sekaligus memansuhkan jaminan hak dan keistimewaan etnik muslim Rohingya sebagai pribumi Burma menurut perlembagaan.

Selepas kejadian ini, etnik Rohingya diarahkan keluar daripada mendiami kawasan penempatan mereka kerana tidak diiktiraf sebagai pribumi.

 

6. Operasi Tentera: BTF Operation dan Nagamin (King Dragon) Operation 1978.

 

No Operasi Tahun
1 Military Operation (5th Burma Regiment) November 1948
2 Burma Territorial Force (BTF) Operation 1949-1950
3 2nd Emergency Chin Regiment Operation March 1951-1952
4 Mayu Operation Oktober 1952-1953
5 Mone-Thone Operation Oktober 1954
6 Combined Army and Immigration Operation January 1955
7 Union Military Police (UMP)Operation 1955-1958
8 Captain Htin Kyaw Operation 1959
9 Shwe Kyi Operation Oktober 1966
10 Kyi Gan Operation December 1966
11 Ngazinka Operation 1967-1969
12 Myat Mon Operation February 1969-   71
13 Major Aung Than Operation 1973
14 Sabe operation February 1974-78
15 Nagamin Operation February 1978-79
16 Shwe Hintha Operation August 1978-80
17 Galone Operation 1979
18 Pyi Thaya Operation 1991-1992
19 Na-sa-ka Operation 1992-now

 

Jadual1: 19 operasi ketenteraan yang tidak pernah berhenti sejak Kemerdekaan Burma.

Selepas kemerdekaan Burma, pada tanggal 4 januari 1948, 19 operasi ketenteraan di wilayah penempatan Rohingya dijalankan dengan alasan untuk mengawal rusuhan daripada berlaku. Tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah 19 operasi-operasi pembunuhan, pencerobohan masjid dan tempat ibadah, pemusnahan sumber pendapatan, dan rampasan ladang-ladang serta tempat tinggal. Antara 19 operasi ini, operasi Burma Territorial Force (B.T.F) adalah yang paling kejam sekali. Kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Buddhist Maghs telah membunuh, merogol, membuat kemusnahan dan melaksanakan undang-undang sesuka hati mereka. Akhirnya ia mengakibatkan ribuan penduduk muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan tempat tinggal mereka.

Antara operasi lain yang tidak berperikemanusian juga adalah operasi Nagamin (King Dragon) pada tahun  1978. Dalam operasi ketenteraan ini, seramai 300,000 etnik muslim Rohingya dihalau keluar daripada perumahan mereka dan hampir 1/3 dibunuh. Lebih 200,000 orang pada kemudian harinya telah dikembalikan dengan jaminan keselamatan di bawah Bilateral Repartriation Agreement antara kerajaan Burma dan kerajaan negara lain, tetapi jaminan tersebut hanyalah tipu daya tentera yang sekali lagi, nasib etnik muslim Rohingya diperkotak-katikkan oleh kerajaan Burma.

Bersambung..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top