Siapa Aku?

bunga

Siapa aku,
Yang masih mencari,
mencari arah tujuan hidupku,
Yang umpama layang-layang terputus talinya,
Tiada arah tujuan..

Siapa aku,
Disaat usia remajaku,
Sahabat yang lain sibuk mencari pasangan hidup,
Sehingga terdetik rasa cemburu,
Untuk merasai nikmat yg sama,
Untuk dicintai dan disayangi..
Namun….
Hatiku seakan-akan memberontak,
Bukan ini yang aku cari,
Bukan ini yang ku mahu,

Siapa aku,
Disaat hati ingin memulakan langkah penghijrahan,
Dugaan dan ujian datang menimpa,
Tidak sanggup untuk aku meneruskan,
Namun….
Aku tidak kesunyian,
Masih ada insan yang sudi menghulurkan tangan,
Disaat yang lain mula menjauh dariku..

Siapa aku,
Aku memulakan langkahku,
Dengan menjauhi segala laranganNya,
Dengan berusaha menutup aurat dgn sempurna,
Walaupun sedar diri masih tidak sempurna,
Tiada paksaan daripada sesiapa,
Namun, hatiku berkata,
Inilah tujuan hidupku,
Dalam mencari redha Ilahi,
Yang selama ini,
Aku terleka dengan godaan dunia

Siapa aku,
Akulah serikandi islam,
Siapa aku,
Akulah mujahidah islam,
Aku sudah mempunyai matlamat hidupku,
Matlamat yang sukar untuk ditempuh,
Namun akhirnya,
Manis yang dapat dirasai,
Dalam mencapai redha Ilahi..

 

Nukilan:
Ainul Mukminah bt Adam
Biro Tarbiyah PEMBINA Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top