Seruan Presiden PEMBINA- Bangkit bersama-sama menjadi agen Al-Qassam

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Semua umat Islam diseru untuk bangkit bersama-sama menjadi agen Al-Qassam menentang kekejaman Zionis Israel.

“Kita perlu bersatu menentang yahudi. Apa yang berlaku di Palestin, Syria, Iraq, Mesir semua itu adalah angkara Israel.
“Jadi sekarang ini kita jangan duduk berdiam diri, bangunlah mengambil semangat Al-Qassam menentang keganasan dan kekejaman zionis.
“Ayuh bersama-saman nyalakan semangat perjuangan Islam,” laung Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hassan dalam ucapannya sempena  pelancaran kempen ‘Bulan Kemarahan Ummah’ di Astaka Tasik Titiwangsa, pagi tadi.

Katanya, jika sebelum ini kita hanya melahirkan simpati dan solidariti, namun hari ini kita sudah masuk ke fasa baru, fasa kemarahan, fasa kebangkitan ummah.

Ayuh kita selami dan jiwai pengorbanan dan keperitan yang sedang dilalui oleh rakyat Palestin.
“Mereka terkorban nyawa dan darah akibat kejahatan Zionis.
“Jadi bermula hari ini kita harus sebarluaskan isu ini, boikot produk zionis dan lakukan apa sahaja tanda semangat kita mempertahankan maruah umat  yang telah di cabar oleh Zionis dan sekutunya,” tegasnya.

Pelancaran pada hari ini turut menampilkan 30 orang pemuda Al-Qassam yang berbaris di hadapan astaka sambil mengibarkan bendera Palestin dengan berpakaian lilit kepala hijau yang mempunyai tulisan bahasa arab ‘Kataib Al-Qassam’ yang bermaksud Briged Al-Qassam sebagai gimik pelancaran.

Dengan gimik itu jelas melonjakkan pejuang-pejuang Al-Qassam sebagai pejuang umat. Pemuda Al-Qassam versi Malaysia itu merupakan ahli PEMBINA yang juga terdiri daripada mahasiswa institut pengajian tinggi.-Ismaweb.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top