Sertai Pertandingan Logo KPT

gambar berita

BANGI, 1 Dis – Jawatan Kuasa Media PEMBINA Pusat, saudara Aizat Farhan mengajak mahasiswa-mahasiswa khasnya ahli PEMBINA untuk turut serta dalam menyertai Pertandingan Logo Baru untuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Hal ini kerana KPT merupakan sebuah badan utama dan sangat dekat dalam dunia mahasiswa.

 

“Inilah masanya untuk kita menunjukkan bahawa mahasiswa hari ini berkebolehan tinggi. Tambahan pula, logo ini akan menjadi imej utama kepada KPT. Semua bangunan di setiap universiti, di website, di pakaian rasmi KPT akan menggunakan logo baru ini. Betapa besarnya sumbangan yang bakal dicipta melalui penyertaan ini.” kata beliau.

12309724_854747737957560_603521925899737387_o

“Saya mengucapkan selamat maju jaya pada AJK Media PEMBINA di seluruh IPT dan mahasiswa yang lain. Semoga dapat mencipta logo yang berkualiti.”

 

Wartawan:

Aiman Faudzi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top