Don't miss
- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 79 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 84 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 119 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 149 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 217 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 261 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 277 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 281 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 305 days ago
Selamat Pengantin Baru buat Saudara Salman dan Saudari Nahdia Afifah
By media on March 24, 2012
Tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Saudara Salman, Setiausaha Agung PEMBINA dan Saudari Nahdia Afifah yang telah selamat melangsungkan majlis pernikahan di Sarawak pada 17 Mac 2012 yang lepas.
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.”
Merpati putih terbang sepasang
Hinggap bersinggah di kerat dahan
Ini pesan kupetik bintang
Amanah Tuhan bukan mainan
Bunga teratai terapung tenang
Riaknya kecil, kembangnya mekar
Jangan bahagia disangka senang
RahmatNya buat mereka yg sabar
Mencari ikan di tengah sungai
Ke lubuk patin camar dituruti
Menagih kasih benih disemai
Lubuk hati harus diselami
Hujung malam detik sendirian
Merayu Dia berdamping di sisi
Berputik cinta dengan keikhlasan
Agar yg disayang selamanya di hati
Bayu samudra mengirim khabaran
Dari seberang laut china selatan
Serangkap doa agar berkekalan
Buat mempelai, Nahdia dan Salman.

