Selamat Hari Malaysia 2017!

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Perpaduan nasional ini hendaklah dipertahan dan disyukuri serta diperkukuh.

Kita semua harus berwaspada daripada perancangan kumpulan separatis yang ingin memecahkan perpaduan nasional ini dengan permainan sentimen. Ada yang sehingga bertindak mengangkat penjajah terdahulu sebagai wira. Ada pun hak-hak keadilan yang dituntut, selagi mana dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang, adalah dibolehkan.

Semangat kenegerian yang tidak sihat sehingga membawa kepada bibit perpecahan juga harus dielakkan, namun tiada masalah jika kita berbangga dengan latar belakang masing-masing.

Semoga Malaysia terus aman makmur dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia!

Eqwan Roslan
Presiden
Persatuan Belia Islam Nasional

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top