RM 67,671.30 UNTUK PEMBANGUNAN BELIA GAZA

BANGI, Sept 2014 – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyerahkah sumbangan berjumlah RM 67,671.30 untuk membantu pembangunan semula Gaza setelah diserang selama 50 hari oleh tentera rejim Zionis. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden PEMBINA, Ibrahim M Hasan kepada Ketua Pengarah Urusan Aman Palestin, Omar Seyam ketika dalam kunjungan hormat beliau ke Malaysia.

Dana kutipan tersebut adalah sumbangan mahasiswa di IPT seluruh Malaysia sepanjang tempoh sebulan sempena kempen PEMBINA for Gaza. Kempen ini kemudiannya digabungkan dengan Bulan Kemarahan Ummah dengan bertemakan ‘We Are All Al-Qassam’. Ini merupakan suatu indikator yang menunjukkan bahawa belia di Malaysia mempunyai sensitiviti yang kuat terhadap isu Palestin. Penutup kepada kempen ini ialah Himpunan Solidairti Ummah yang dihadiri hampir 200 000 orang.

20140929_230531

PEMBINA telah menandatangi memorandum persefahaman bersama Aman Palestin sebagai ejen rasmi Aman Palestin di IPT di bawah Pakej Bakti dan Sukarelawan. Antara program utama yang dijalankan adalah kempen kesedaran melalui siri penerangan serta mengumpulkan sukarelawan Aman Palestin.

Semoga dengan bantuan dari belia Malaysia ini mampu memberi sinar kehidupan kepada belia di Gaza serta menjadi pendorong kepada misi pembebasan Al-Aqsa daripada cengkaman Yahudi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top