Rahsia membentuk karakter sebagai pemimpin

By on October 25, 2013
FB

Shah Alam, 20 Oktober 2013 – “Dunia kini mencari pemimpin-pemimpin muda yang berbakat dalam setiap bidang. Sasaran mereka adalah pemuda di bawah umur 30 tahun. Maka mulakan pembinaan kepimpinan dalam diri dari sekarang”, begitulah intipati ucapan En Aminuddin Yahya, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam ucapannya di Sidang Muzakarah Pimpinan PEMBINA Ahad lepas.

“Leaders are readers”, begitulah pesanan beliau apabila ditanya mengenai bagaimana untuk membentuk karakter sebagai pemimpin. Adalah penting bagi pemimpin untuk sentiasa meningkatkan ilmu dan memperbanyakkan membaca isu-isu semasa, buku tokoh-tokoh muda  agar menjadi sumber inspirasi untuk membentuk karakter tersebut.

Muzakarah Pimpinan PEMBINA ini dihadiri seramai 27 orang pimpinan PEMBINA IPT dari seluruh negara bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan kepimpinan mahasiswa dan juga pembangunan organisasi PEMBINA di institusi pengajian tinggi.

 

muzakarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>