Yusre Zulhamize Zainuddin Ketua Biro Media Massa Pembina Bangi

Promosi Konvokesyen Dengan Tarian: Bukan Ciri Mahasiswa

Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti.

Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara.

flashmob uum 2018 di aman central
Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai diadakan?

Melalui video tarian yang tular di media sosial tersebut, dilihat bertentangan dengan peranan mahasiswa dalam membentuk jati diri dan tamadun bangsa walaupun ia bertujuan mempromosikan Pesta Konvokesyen ke-31 UUM yang akan diadakan pada 8 hingga 15 November ini.

Malah, tarian ala barat itu juga mencerminkan lemahnya mahasiswa pada masa kini kerana terikut dan terpengaruh dengan trend buruk dari luar yang akhirnya budaya sendiri dipinggirkan.

Banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mempromosikan pesta konvokesyen tersebut seperti mempromosikan budaya dan nilai murni bangsa, mengadakan puisi, bicara ilmu dan pertandingan yang bersifat akademik.

Hedonisme tidak patut menjadi budaya di kalangan mahasiswa kerana virus ini memberi inflasi buruk yang menyebabkan mereka menjadi lesu dalam pendidikan dan pembentukan modal insan.

Tambahan pula, mahasiswa sepatutnya peka dan mengambil kisah terhadap isu-isu yang berlaku di negara kita lebih-lebih lagi ancaman terhadap ideologi dan jati diri seperti sekularisme, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan LGBT.

Apa yang ingin kita katakan jika soalan asas tentang sejarah negara, identiti bangsa dan isu semasa gagal dijawab oleh mahasiswa?

Mahasiswa adalah harapan bagi menerajui negara pada masa akan datang. Jika mahasiswa hari ini sudah diracuni dan tidak diubati, sudah pasti negara kita akan mati.

Yusre Zulhamize Zainuddin
Ketua Biro Media Massa Pembina Bangi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top