Projek Nasi Bungkus 2.0 teruskan misi bantu gelandangan: PEMBINA

gelandangan-ukm-2-1024x680 (1)

BANGI, 22 Okt– Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan sebuah program amal, ‘Projek Nasi Bungkus’ buat kali kedua di sekitar kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada hari Sabtu malam.

Seramai 65 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa UKM telah melibatkan diri dalam program ini yang bermula jam 9.30 malam dan berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

Menurut Ketua Projek, Ahmad Najib Zainal, berkata program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat berbakti kepada orang lain dalam diri setiap mahasiswa serta menyelami dan mengetahui realiti kehidupan golongan gelandangan.

“Kami menyediakan sebanyak 100 pek sumbangan untuk diagihkan di sekitar kawasan Chow Kit ini.

“Antara sumbangan yang kami berikan adalah nasi bungkus, wang tunai, kit mandi serta pakaian,” katanya.



gelandangan-ukm-3-1024x682

Nur Syamimi Che Johari, 22, berkata program seperti ini membuka matanya untuk menyedari kepayahan dan kesusahan segelintir manusia menjalani kehidupan di kota ini.

“Bila kita belajar, kita rasa senang, sampai lupa ada orang yang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan,” katanya.

PEMBINA UKM telah menganjurkan Projek Nasi Bungkus siri pertama pada 15 November 2014.

Ahmad Najib berharap program ini diteruskan untuk menjadi program tahunan dan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa.

2 thoughts on “Projek Nasi Bungkus 2.0 teruskan misi bantu gelandangan: PEMBINA”

  1. macam mana saya nak contact presiden/tim. presiden/setiausaha untuk saya tanya sebarang isu berkaitan belia? saya wartawan dari utusan malaysia. tq.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top