Politik Islam di Malaysia versi tanah Melayu?

arus baru

BANGI, 26 Okt- Ramai orang melihat soal politik Islam di Malaysia tiada model dan perlu dibina bermula era kemerdekaan.

Muhammad Aiman Mohd Faudzi, Jawatankuasa Kajian dan Informasi Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA) berkata, hal ini menjadi satu kecelaruan kerana sistem demokrasi barat telah dimasukkan ke dalam elemen pemerintahan dan perlu mengimbangi soal model demokrasi barat.

Perkara ini seharusnya dilihat dengan perspektif pernah wujud sebuah model pemerintahan Islam versi tanah Melayu, ujarnya ketika ditemui di Simposium Pemikiran Politik Islam anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) semalam.

“Dari sudut kerangka sejarah, asas-asas kepada peruntukan perlembagaan, model masyarakat, bahkan hak istimewa orang Melayu sebagai satu konsep bangsa yang punya syaukah sebagai bangsa yang punya kuasa sewenangnya adalah ciri-ciri yang sangat menepati konsep Siyasah Syari’yah (politik Islam),” tambahnya.

Justeru itu, Aiman berpendapat model politik Islam di Malaysia adalah model versi tanah Melayu.

“Apaila berbicara soal versi mana model politik islam di Malaysia maka ia adalah model politik Islam versi tanah Melayu cuma perlu dilakukan semula penterjemahan konsep tradisional dalam era dunia moden masa ini”, katanya.

Mengulas mengenai usaha golongan liberal dan Muslim moderate dalam mengekang konsep politik Islam di Malaysia, Aiman melihat kumpulan ini sedang berusaha untuk menenggelamkan konsep politik Islam di Negara ini sekaligus mempromosikan konsep politik barat iaitu konsep liberal-demokratik.

“Mereka menggunakan institusi antarabangsa, pendanaan yang banyak dan penguasaan gerakan sivil dan NGO dalam melakukan agenda ini”, katanya.

Justeru itu, perlu ada usaha yang bersungguh, teratur dan tersusun di peringkat belia dalam mempromosikan konsep politik Islam dengan lebih kuat.

“PEMBINA menyeru belia di seluruh Malaysia bersama-sama dalam usaha ini agar Islam dapat tertegak di bumi Malaysia”, ujarnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top