Pimpinan PEMBINA Seluruh Malaysia Turun Mengundi

Oleh Aizat Farhan
BANGI, 13 Feb – Semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) Kali ke-9, seramai 138 orang perwakilan dari seluruh cawangan PEMBINA Malaysia telah turun mengundi dalam sesi pemilihan Jawatan Kuasa Baru PEMBINA Pusat bagi sesi 2016 hingga 2018.

Antara cawangan PEMBINA yang mengundi termasuklah dari Zon Borneo, Pantai Timur, Selatan, Utara dan Zon Tengah.

“Pemilihan pimpinan baru PEMBINA Pusat ini hanya diadakan sekali dalam 2 tahun. Jadi untuk Mesyuarat Agung kali ini, ia akan menjadi lebih meriah dan kejutan buat ahli PEMBINA secara keseluruhan dengan adanya Sesi Pilihan Raya (SPR) PEMBINA”, kata Saudara Suhaib Badrol merangkap Ketua SPR MATK.

“Pemilihan kali ini akan mempertandingkan semua posisi dalam Jawatan Kuasa Pusat termasuklah jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Bendahari sehinggalah Biro-biro yang ada”, tambah beliau lagi.

Keputusan pilihan raya telah diumumkan pada sesi akhir MATK. Keputusan undian adalah seperti berikut:

PRESIDEN
96 undi – Eqwan Roslan (Menang)
41 undi – Luqman Hamid
1 undi – Undi Rosak

TIMBALAN PRESIDEN
36 undi – Uzair Izzat Amir
101 undi – Aizat Rostam (Menang)
1 undi – Undi Rosak

NAIB PRESIDEN 1
71 undi – Aiman Faudzi (Menang)
23 undi – Azlan Azis
43 undi – Aidil Idham
1 undi – Undi Rosak

NAIB PRESIDEN 2
70 undi – Khairunnisa Mazlan (Menang)
67 undi – Maryam Malik
1 undi – Undi Rosak

AHLI JAWATANKUASA (3 sahaja)
104 undi – Hannan Othman (Menang)
80 undi – Qamarul Nazrin Harun (Menang)
72 undi – Ummi Kalsom Khalid
82 undi – Sharifah Abd Samad (Menang)
62 undi – Aizat Farhan
3 undi – Undi Rosak

“Jika anda lihat pada keputusan pilihan raya ini, kita dapat nampak dengan jelas pertandingan posisi Naib Presiden 2 agak sengit antara Saudari Khairunnisa Mazlan dengan Saudari Maryam Malik dengan beza hanya 3 undi. Ini menunjukkan ahli PEMBINA melihat kepimpinan mereka berdua sangat baik dan mereka dua layak diberi pengiktirafan atas kepimpinan mereka yang telah ditonjolkan”, ujar Suhaib lagi.

Antara cawangan PEMBINA yang mengundi termasuklah dari Zon Borneo, Pantai Timur, Selatan, Utara dan Zon Tengah.