- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 52 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 57 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 93 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 122 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 190 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 235 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 251 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 255 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 279 days ago
Pertemuan JKP Dengan Kepimpinan Zon Tengah

Wakil JKP PEMBINA
BANGI, 22 Mei 2011 – Satu pertemuan julung-julung kali telah berlangsung antara wakil Jawatankuasa Pusat (JKP) PEMBINA dengan barisan kepimpinan cawangan-cawangan zon tengah. Pertemuan tersebut adalah bagi JKP berinteraksi secara terus dengan kepimpinan cawangan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan dan prestasi cawangan, serta menerangkan halatuju dan gerakkerja ke depan PEMBINA.
JKP PEMBINA telah diwakili Presiden PEMBINA Norzafry Norhalim, Naib Presiden I Aizuddin Khalid dan Naib Presiden II yang juga Ketua Beliawanis PEMBINA Nor Hasni Hayati Hanapi. Cawangan-cawangan PEMBINA yang terlibat adalah Bangi, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Dalam ucapan pembukaannya, Presiden PEMBINA menegaskan bahawa ciri-ciri belia seperti hati yang cerdik, sanubari jernih, perasaan yang segar dan keazamaan yang gagah yang ditekankan Imam Hasan Al-Banna perlu diterjemah dalam metod penerapan dan tindakan yang berkesan agar mampu menyedarkan belia akan potensi yang tersedia dalam diri mereka. Beliau lantas mengajak kepimpinan-kepimpinan cawangan agar berfikir secara inovatif bagi menyebarkan idea-idea PEMBINA dalam membangunkan jatidiri belia.
Pertemuan tersebut telah berjalan dengan lancar dengan cawangan-cawangan zon tengah mempamerkan prestasi yang baik dalam mengejar sasaran-sasaran PEMBINA pada tahun 2011. JKP berharap agar momentum kerja di cawangan-cawangan cemerlang ini mampu dikekalkan atau diperhebatkan lagi. Pertemuan ini merupakan sebahagian dari siri lawatan JKP ke cawangan-cawangan seluruh negara bagi mengemaskini perkembangan dan mendapatkan maklumbalas cawangan.

Pertemuan JKP dengan kepimpinan cawangan

Pembentangan cawangan
