PEMBINA UM sambut mahasiswa baru


photo_2015-08-31_10-21-33

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Persatuan Belia Islam Nasional Universiti Malaya (PEMBINA UM) buat julung kalinya turun padang untuk menyambut kemasukan mahasiswa tahun pertama ke Universiti Malaya yang merupakan Universiti terulung di Malaysia.

Para aktivis PEMBINA UM mengedarkan risalah takwim Universiti Malaya sambil beramah mesra bersama para ibu bapa dan mahasiswa tahun pertama yang baru menjejakkan kaki ke alam universiti yang mencabar demi mengejar cita-cita.

“Mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan, pencorak ummah sewajibnya memiliki jati diri Islam yang syumul dan cemerlang daripada semua aspek.”, ujar Amirul Eqhwan, Yang Dipertua PEMBINA Universiti Malaya.

“Maka bertitik tolak daripada itu, hadirlah PEMBINA sebagai sebuah platform untuk para belia, khususnya mahasiswa memantapkan diri bukan sahaja dari aspek akademik, malah dari aspek kepimpinan, tarbiah dan seluruhnya.” , sambungnya lagi.

Menurut Muhammad Ghazali Ya’id selaku Pengerusi PEMBINA Kuala Lumpur, mahasiswa harus memilih jalan yang terbaik untuk mencorakkan diri ke arah pemahaman dan aplikasi nilai Islam yang sempurna di pelbagai peringkat kehidupan. PEMBINA menawarkan program usrah sebagai platform pembentukan yang sesuai dengan kepelbagaian latar belakang mahasiswa.

PEMBINA UM menawarkan lima pakej iaitu Tarbiyah, Kepimpinan, Media, Rekreasi dan Bakti yang meliputi pembentukan jati diri secara menyeluruh luaran dan dalaman dalam melahirkan mahasiswa intelek yang berkepimpinan dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Ayuh bersama PEMBINA Universiti Malaya, bersama kita meneraju arus mahasiswa!

Nurul Ain binti Abdullah
Wartawan PEMBINA Universiti Malaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top