was successfully added to your cart.

PEMBINA UIAM Raih Anugerah “Best Club of the Year”

GOMBAK, 5 MEI – Tanggal yang menjadi titik sejarah kepada Persatuan Belia Islam Nasional UIAM (PEMBINA UIAM) kerana berjaya dinobatkan sebagai KELAB TERBAIK UIAM 2015 di majlis penganugerahan STADD ACTIVITY AWARD 2015 semalam.

“Syukur Alhamdulillah di atas penganugerahan yang tidak disangka-sangka ini dan jutaan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Student Affairs And Development Division (STADD) di atas penganugerahan ini.” Ujar Muhammad Azam Asri, Presiden PEMBINA UIAM.

Tambahnya lagi “Kemenangan ini tidak lain dan tidak bukan ditujukan kepada ahli-ahli PEMBINA UIAM yang merupakan pendokong kuat serta yang berusaha keras sepanjang penubuhan PEMBINA UIAM semenjak di awal penubuhannya iaitu pada tahun 2011.”

“Kejayaan ini menjadi mustahil tanpa adanya 3 prinsip utama yang dipegang oleh PEMBINA UIAM iaitu pertama, meletakkan dakwah dan tarbiyah sebagai asas kepada gerak kerja, kedua menjaga batas-batas syariat dalam pergaulan, program dan pendekatan dan ketiga hasil budaya kerja yang sihat.”

“Semoga dengan penganugerahan seperti ini dapat meningkatkan lagi produktiviti serta kualiti dalam pembawakan PEMBINA pada masa akan datang.” Ujarnya lagi.

PEMBINA UIAM turut menerima ucapan tahniah daripada Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahya serta Ilmyzat Ismail, Penasihat PEMBINA UIAM di atas penganugerahan tersebut.

“Jutaan tahniah kepada semua ahli PEMBINA UIAM di atas kejayaan ini!
Pengupayaan universiti dan pengupayaan mahasiswa merupakan dua daripada 5 aspirasi PEMBINA. Semoga PEMBINA UIAM terus bekerja membangunkan mahasiswa dan sama-sama mendokong universiti melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan menjadi universiti yang berkualiti.” ujar Eqwan Roslan, Presiden PEMBINA.

Dalam pada itu Eqwan Roslan juga turut mengucapkan Tahniah kepada Ketua Beliawanis PEMBINA UIAM Najiyah Zain yang turut dinobatkan sebagai ‘Outstanding Club Leader Award (Female)’ dalam majlis yang sama.

PEMBINA UIAM Najiyah Zain

“Syukur Alhamdulillah atas kejayaan ini. Sesungguhnya penganugerahan ini merupakan suatu tanggungjawab untuk saya menggencarkan lagi aktivisma mahasiswa di bumi UIAM dalam menyedarkan mahasiswa-mahasiswa islam dengan cara hidup islam yang sebenar.” Kata Najiyah Zain merangkap Ketua Beliawanis PEMBINA UIAM.

“Jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan pembina yang banyak menyokong saya selama ini.” Tambahnya lagi.