Takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan kepada Saudara Mohd Norfarhan Bin Dawa atas pemergiannya ke rahmatullah pada pagi ini (18/11/2016). Saudara Farhan merupakan ahli PEMBINA UNIMAS yang komited sejak tahun 2015.

Justeru, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UNIMAS telah melancarkan satu tabung DERMA KILAT untuk sumbangan kepada keluarga yang allahyarham.

Seluruh warga PEMBINA UNIMAS mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.

Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ibu bapa dan ahli keluarga allahyarham atas pemergiannya.


Bagi yang ingin melakukan sumbangan boleh menyerahkan wang sumbangan bermula pada hari ini (18/11/16) sehingga Ahad bertarikh 23/11/16 kepada:

1. Saudara Helmi (014-5633282) mewakili muslimin.
2. Saudari Marjana (013-3002057) mewakili muslimat.

Sumbangan terus ke dalam akaun boleh disalurkan ke akaun CIMB NORMARJANA BINTI AHMAD DARUS (7025680550). Maklumat sumbangan (masa dan jumlah wang) hendaklah dimaklumkan kepada pemilik akaun, di talian 013-3002057.

takziah-mohd-norfarhan-bin-dawa


“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Ali ‘Imran: 185)

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun
Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.

Author Editor PEMBINA

Pasukan editor PEMBINA adalah ahli-ahli aktif PEMBINA kelolaan Jabatan Media PEMBINA.

More posts by Editor PEMBINA

Leave a Reply