PEMBINA solusi gelojak jiwa muda

Jenazah akan disolatkan di Masjid al Azhar KUIS,

Selepas zohor ini..

Patut semua berpusu ke masjid.

Saya pula lawan arus untuk balik asrama.

Di bawah panas terik terus terfikir..

“Muda..student tahfiz pula tu…Allah”

Otak kusut..

Dengan jiwa bergelojak lepas kuliah Undang undang Perlembagaan.

Mana kan tidak..

Berapa banyak perlembagaan dipinda semata demi perut kerajaan yang korup.

POTA, TPPA yang cuba diambil kesempatan juga oleh kerajaan.

Rakyat makin sengsara.

Lebih bagus duduk penjara ada bantal, ada tilam.

Makan pun free.

Sakit ada orang bagi ubat.

Jadi rakyat biasa.

Nak pergi hospital pun baju lencun sebab hujan.

Sanggup pecah rumah orang nak curi beras dan sardin.

Sengsara rakyat kita.

Pembangkang pula tak berkesan.

Tak pandai buat check and balance.

Lebih teruk, nak hapuskan Islam.

Nak jadikan negara ni negara sekular.

Agak-agaklah!

Dengan sosial makin teruk, zina dah macam berita biasa.

Derma 2.6 billion orang tak boleh tangkap.

Kusut kepala..

Ini semua undang undang perlembagaan punya pasal.

Eksekutif, legislatif, judisiari tak jalan betul.

Balik kuliah memang gini lah tertekan jiwa den…

Parah umat ni..

Sesak jiwa nak fikirkan solusi.

Lagi pula pegang amanah sebagai bakal pengamal undang undang.

Bukan semua rakyat tahu mereka kena main hanya guna law.

Parah..parah!

Tapi bila fikir balik.

Masih ada harapan.

Solusi yang selalu dibawa oleh ISMA dan PEMBINA dalam mengubati umat ini antara solusi terbaik bagi membangun semula tamadun manusia.

Gagasan yang mereka bawa adalah Islam yang syumul.
“Jenazah akan sampai lagi 7 minit..”

Muda sangat budak tahfiz ni meninggal..
Kita pun tak tahu bila pula ajal kita.

Syukurlah meninggal muda.

Lagi bagus mati muda sambil pikul amanah pada umat.

Jiwa tenang bila fikir ada gagasan yang boleh kita sandarkan harapan.

Alhamdulillah.

Terima kasih ISMA dan PEMBINA kerana mengisi gelojak jiwa muda saya.

ISMA – Membangun Umat Beragenda
PEMBINA – Meneraju Arus Mahasiswa

 
Sharifah Abdul Samad
JK Kajian & Informasi PEMBINA Pusat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top