PEMBINA Sabah mengadakan kem menyantuni mahasiswa LGBT dan bukan Islam

KOTA KINABALU : PEMBINA Sabah meneruskan komitmen mengerakkan projek pembinaan sahsiah pelajar di Kota Kinabalu. Projek kali ini berorientasikan kem yang mengumpulkan pelajar-pelajar dari Kolej Swasta sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Image may contain: 2 people, people sitting

Pengerusi PEMBINA Sabah, Dr Aliff Asyraf berkata,

“Ramai orang tidak sedar betapa dahsyatnya generasi muda kita dirosakkan dari pelbagai sudut. Pada kem kali ini, kita menerima pelbagai aduan dan kisah perkongsian daripada peserta tentang hakikat kehidupan golongan mahasiswa yang telah rosak. Hakikat itu yang dikongsikan oleh mereka, sebahagian besar daripada mahasiswa terlibat serius dengan isu pergaualan bebas, zina, arak dan pornografi. Isu-isu ini telah menjadi normalisasi yang sehinggakan hilang sensitiviti mahasiswa terhadap isu dosa dan pahala.

Lebih menarik lagi, kem kali ini telah membuka peluang kepada PEMBINA untuk turun menyantuni beberapa mahasiswa berada dalam keadaan dilema akibat terjerak dengan aktiviti pondan. PEMBINA terus mengambil pendekatan yang mendidik bagi memastikan mereka mampu untuk kembali membina jati diri sebenar dan sedar menyedari akan fitrah kehidupan sebenar manusia.

 

Lebih menarik lagi, PEMBINA Sabah membuka peluang kepada pelajar bukan beragama Islam untuk terlibat sama bagi mengenali nilai-nilai akhlak Islam yang sebenar.

Image may contain: 15 people, people smiling, tree and outdoor

Tambah beliau lagi, “amai pandai bercakap, tetapi kami mahu menjadi orang yang bekerja…”

“Alhamdulillah juga dalam kem ini kami dapat berkenalan dengan adik-adik yang berpotensi menjadi penggerak dakwah di masa hadapan dengan tarbiyyah yang betul.”

“Pihak Kolej sudah memberikan kepercayaan penuh kepada PEMBINA untuk menyampaikan Islam kepada pelajar-pelajar kolej di sana. Cawangan IPT PEMBINA baru di Sabah inshaAllah akan tertubuh tidak lama lagi mudah-mudahan…”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top