PEMBINA Raih Anugerah “Best Blog of the Year”

Oleh: Nursabihah Mohtar

SEPUTEH, 9 MAC – Website rasmi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah berjaya merangkul gelaran juara dalam Pertandingan Blog Terbaik 2015 anjuran Malaysia Social Media Week baru-baru ini.

“Kemenangan ini tidak dijangka kerana PEMBINA baru sahaja pertama kali menyertai pertandingan berprestij MSMW buat tahun ini walaupun program ini sudah pun diadakan untuk beberapa tahun sebelum ini. Tambahan lagi, saingan juga sangat sengit dengan website lain yang lebih lama dikendalikan daripada website kami sendiri dan jumlah followers mereka yang jauh lebih ramai”, ujar Aizat Farhan merangkap Ketua Media PEMBINA.

Tambah beliau lagi,” kejayaan ini menjadi mustahil tanpa kerjasama baik daripada 3 pihak. Pertama, hasil usaha oleh Ketua Unit Pemasaran PEMBINA, Saudari Afirah Mahashim kerana mendaftarkan dan mempromosikan program ini pada setiap ahli PEMBINA. Kedua, daripada pimpinan PEMBINA di peringkat pusat, cawangan dan IPT seluruh Malaysia kerana mempromosikan pada setiap ahli di kawasan masing-masing. Ketiga, ialah daripada setiap ahli PEMBINA yang berjumlah 35,000 yang gigih mempromosikan program ini pada mahasiswa.”

“Kami ingin melahirkan rasa bersyukur dan syabas buat semua ahli PEMBINA atas kejayaan ini. Begitu juga kepada ahli Media PEMBINA kerana telah bertungkus lumus menyediakan bahan dalam website dan media sosial kami secara berterusan. Kami lihat MSMW merupakan platform terbaik untuk PEMBINA mencapai matlamat kami. Kami berhasrat melalui MSMW, suara kami dapat mencapai lebih ramai mahasiswa dan menyampaikan mesej Islam yang syumul pada mereka. Semoga program MSMW dapat diadakan lagi di masa akan datang”, ujar Presiden PEMBINA, Saudara Eqwan Roslan.

PEMBINA merupakan sebuah badan NGO Belia Islam yang aktif dalam beraktivisma bersama mahasiswa dan mempunyai objektif untuk membawa mahasiswa mengenal Islam dengan lebih baik dan melahirkan jati diri di kalangan mereka yang dilihat semakin meruncing.

 

Foto-Foto Anugerah:

photo_2016-03-10_08-28-08

Gambar Penerimaan Anugerah

photo_2016-03-10_08-28-10

Gambar Piala

photo_2016-03-10_08-25-01

Gambar Senarai Anugerah

Author media

More posts by media

Join the discussion 3 Comments

Leave a Reply