Pembina Pewaris Kepimpinan Mahasiswa.

 

Delegasi perwakilan dan pemerhati dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah berkumpul di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) Ke-10, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bagi membahaskan dan mendengar agenda serta hala tuju baru Pembina bagi sesi kali ini.

Dalam Ucapan Dasar Presiden Pembina pada MATK Ke-10 ini, Saudara Eqwan Roslan membuka mata hati semua yang hadir dengan beberapa kisah benar, mengenai ancaman kepada mahasiswa kini. Antara yang disampaikan adalah penyalahgunaan dadah seperti ganja yang melibatkan mahasiswa. Juga, kes pembunuhan bayi oleh seorang mahasiswi cemerlang.

Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan bahawa kepimpinan negara mesti digalas Pembina. Pemimpin yang dilahirkan Pembina bukan sahaja berkebolehan tetapi juga bersih dari masalah sosial yang sedang membelenggu anak muda kini.

Bagi memikul tanggungjawab ini, Pembina telah merangka Projek Qudwah (PROJEQ) bagi melahirkan ahli yang berkebolehan untuk memimpin dan bersih dari masalah sosial serta bebas rasuah menjelang 2030.

Persediaan untuk memimpin negara menjelang 2030 perlu dilakukan sekarang tanpa menjejaskan amal dakwah sedia ada, kelestarian dakwah di institut pengajian dan mampu mengerakkan ahli Pembina yang kini berjumlah 30, 000 orang.

Sangatlah diharapkan agar semua perwakilan dan pemerhati yang hadir dapat membawa isi Ucapan Dasar Presiden Pembina kembali ke cawangan masing-masing untuk dizahirkan dalam amal di institut pengajian.

oleh

Wan Mohd Amir B Wan Mohamad Zaharuddin

Ahli Kolumnis Pembina