Sukarelawan Bakti PEMBINA menyertai Ekspedisi 4×4 Kem Kesihatan Kampung Mat Daling

Alhamdulillah, telah diberi kesempatan untuk menyertai Ekspedisi Kem kesihatan Kg. Mat Daling, Jerantut Pahang selama 3 hari 2 malam dari 25-27 Mac 2016 baru baru ini.

Kampung Mat Daling ini merupakan kampung yang terakhir di sepanjang sungai Ulu Tembeling. Sebanyak 120 buah rumah dan majoritinya adalah orang Melayu & Islam.

Disebabkan berada di lokasi yang terpencil serta kemudahan pengangkutan yang terhad serta kos yang tinggi. Ramai penduduk tidak mendapat perhatian kesihatan secukupnya.

Oleh itu, Bakti PEMBINA berasa terpanggil untuk turut serta menyumbang tenaga dalam konvoi ini dengan kerjasama I-Medik, Kelab Storm 4×4, HoSHAS. Sukarelawan Bakti PEMBINA seramai 18 orang terdiri daripada pelajar UIA dan UCSA.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk, pemeriksaan kesihatan, konsultasi dan pembedahan kecil secara percuma oleh pakar-pakar dan pegawai perubatan, Turut sama dibantu oleh para sukarelawan.

Demi meraikan Kanak-kanak setempat kami juga mengadakan sukaneka dan games. selain itu, sempat juga menganjurkan forum bersama penduduk kampung di masjid dengan tajuk “Islam dan Kesihatan”. Akhir sekali memberikan sumbangan beras kepada penduduk kampung oleh Pertubuhan Dakwah Orang Asli Jerantut.

Perjalanan ini mengambil masa selama 4 jam untuk pergi dan lebih 6 jam untuk pulang. Kondisi jalan yang teruk serta cuaca yang kering menyukarkan lagi perjalanan kerana debu pasir yang menghalang penglihatan.

Sertai Program Pembina BAKTI

Ekspedisi Kem kesihatan Kg. Mat Daling

Walaupun Ekspidisi ini agak memenatkan, namun kepenatan kami ini terubat apabila melihat kanak2 yang tersenyum riang, bertemu pula dengan penduduk kampung yang rata ratanya peramah dan sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Juga apabila melihat pesakit2 yang kepuasan dan sangat berterima kasih setelah mendapat perhatian kesihatan.

Akhir kata, sertailah kami di Bakti PEMBINA dan bersama-sama menyumbang tenaga demi agama dan bangsa.

“Sebaik baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain” – H.R Ahmad.

Haziq Afiq
JK AKTIVISMA

#‎BaktiPembina
#‎Pembinapahang
#‎IMedik