- Adegan Panas Filem Tempatan Menyimpang dari Ajaran IslamPosted 54 days ago
- Gerakan Feminisme di MalaysiaPosted 59 days ago
- MOU dan tuntutan PEMBINA sempena PRU 13Posted 95 days ago
- Beliawanis perlu jelas matlamatPosted 124 days ago
- Ledakan Aktivisme di Tahun Baru Hijrah!Posted 192 days ago
- Pilihan atau TuntutanPosted 237 days ago
- PEMBINA mengutuk penerbitan filem berjudul the “Innocence of Muslim”Posted 253 days ago
- Selamat Datang Pelajar BaruPosted 257 days ago
- Perutusan Aidil Fitri buat beliawanisPosted 281 days ago
PEMBINA Menyambut Baik Skim Rumah Pertamaku
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyambut baik keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan kemudahan pinjaman pembelian rumah buat golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Ia merupakan satu initiatif yang akan memudahkan golongan belia memperolehi pegangan aset hartanah dalam suasana harga rumah dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dalam melaksanakan skim ini, PEMBINA menyarankan kerajaan agar menggalakkan pembiayaan rumah secara Islamik selari dengan hasrat kerajaan mengembangkan dan mempromosikan perbankan Islam di Malaysia serta ke arah menjadikan Malaysia peneraju perbankan Islam di dunia. Kerajaan juga perlu menimbang semula had maksima pinjaman RM220,000 yang telah ditetapkan.
Ini kerana harga rumah di sekitar Lembah Klang umumnya lebih mahal dari nilai pinjaman maksima tersebut, dengan purata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM420,000 pada 2010. PEMBINA juga berharap agar bank-bank yang menyertai skim Rumah Pertamaku ini dapat memberi lebih diskaun atas kadar faedah untuk golongan sasar ini dengan tujuan membantu peminjam, bukan untuk mengaut untung semata-mata.
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan memiliki aset hartanah, golongan belia harus beringat akan risiko dan tanggungjawab-tanggungjawab lain yang juga banyak memerlukan wang seperti ansuran kenderaan, pinjaman pendidikan, bil-bil, dan sebagainya. PEMBINA menasihati golongan belia agar berbelanja dengan hemah, terkawal, dan hanya membeli mengikut keperluan. Golongan belia harus mengelakkan diri daripada mudah berhutang kecuali dalam keadaan terpaksa seperti membeli kereta dan rumah. Oleh itu, golongan belia harus melengkapkan diri dengan kemahiran pengurusan kewangan untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan hidup dan masa depan.
Disediakan oleh:
Aizuddin Khalid
Naib Presiden I PEMBINA
Jawatankuasa Penerangan PEMBINA
